MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Berapa banyakkah tanah-tanah berstatus TOL yang telah dipindah milik bagi tahun 2010 sehingga 2014 dan bilangannya mengikut pecahan bangsa yang telah menerimanya?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Peruntukan dalam Kanun Tanah Negara menjelaskan bahawa tanah-tanah yang berstatus TOL tidak boleh dipindahmilik. Tiap-tiap lesen bagi tanah-tanah yang berstatus TOL akan dikeluarkan untuk suatu tempoh tidak melebihi satu (1) tahun dan tamat pada hari terakhir tahun ianya dikeluarkan iaitu 31 Disember setiap tahun. Lesen ini boleh diperbaharui pada tiap-tiap tahun dan tidak melebihi tiga (3) kali melainkan mendapat kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun, tanah-tanah yang berstatus TOL akan terbatal apabila berlakunya kematian pemegang TOL atau pembubaran syarikat pemegang TOL.
Pemegang lesen bagi tanah-tanah berstatus TOL bagi tahun 2010-2014 adalah seramai 1159 orang dan bilangannya mengikut pecahan bangsa yang telah dikeluarkan adalah seperti berikut:
Bilangan Kelulusan Permohonan Tanah Berstatus TOL Mengikut Pecahan Bangsa bagi Tahun 2010 – 2014




TAHUN
MELAYU
CINA
INDIA
JUMLAH
2010
11
9
1
21
2011
151
94
10
255
2012
193
163
21
377
2013
184
137
24
345
2014
84
70
7
161
JUMLAH
623
473
63
1159

Kembali