MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Apakah rancangan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha mencari atau melebarkan tempat baru untuk dijadikan tempat perlindungan binatang liar yang telah ditangkap terutamanya anjing? (a) Apakah status projek yang dicadangkan oleh Penang Animal Sanctuary Society (PASS) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Usaha Kedua-dua PBT (MPPP dan MPSP) dalam mencari atau melebarkan tempat baru untuk dijadikan tempat perlindunagan binatang liar yang telah ditangkap terutamanya anjing adalah seperti berikut:-

a) MPPP
Pada masa kini, pihak MPPP akan membina satu bangunan Kesihatan Awam yang terdiri daripada kandang-kandang haiwan dan ruang pejabat. Tujuan pembinaan ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan untuk menguruskan semua masalah yang berkaitan dengan haiwan liar dan terbiar dengan lebih berkesan dan efektif mengikut aspek yang disarankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Antara aspek yang berkaitan adalah mengenai kawalan anjing liar dan terbiar seperti berikut:

1. 20 unit kandang anjing termasuk 2 kandang yang berpenyakit
2. 15 unit sangkar anjing termasuk 1 sangkar yang berpenyakit
3. Satu bilik untuk aktiviti pemandulan anjing
4. Satu bilik untuk persediaan dan rawatan anjing
5. Satu bilik untuk aktiviti pelesenan anjing

(i) Pelan Bangunan untuk projek PASS telah diluluskan pada 13 Oktober 2013 dan surat Kebenaran Memulakan Kerja telah dikeluarkan pada 14 April 2014. Kerja-kerja memasang hoarding telah dijalankan.

b) MPSP

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah mengadakan kompaun sementara di sebahagian Lot 55, Mukim 7, Jalan Padang Lalang untuk kurungan anjing-anjing terbiar selepas tangkapan harian dibuat. Kerjasama dengan SPCA Seberang Perai bagi menangani isu anjing terbiar dan kebajikan haiwan kesayangan.

i. Permohonan tiga (3) lot tanah milik State Secretary Incorporation (SSI) di lot.718,719,720, Mk.12, Seberang Perai Tengah yang dibuat melalui surat bertarikh 17.9.2014 untuk dijadikan kompaun simpanan anjing terbiar di Seberang Perai. MPSP berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri memandangkan MPSP akan melaksanakan program anjing sifar pada tahun 2015.

Disediakan oleh: Hasnah 0194432112
Kembali