MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Terdapat banyak peparitan serta longkang yang ditutup oleh peniaga gerai haram di tepi jalan yang tidak diseliakan dengan baik oleh MPPP dan MPSP. (a) Kenapa tiada tindakan dibuat oleh pihak MPPP dan MPSP? (b) Apakah tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap penceroboh ini? (c) Apakah cadangan terbaik untuk mengatasi masalah ini?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
a) Tindakan dibuat oleh pihak MPPP dan MPSP adalah seperti berikut :

i. MPPP telah mengeluarkan sebanyak 10412 kompaun bagi tempoh 2013 hingga 2014 atas kesalahan menyekat parit khusus di premis kediaman dan perniagaan.

ii. MPSP telah mengeluarkan sebanyak 183 kompaun bagi tempoh 2013 hingga 2014 atas kesalahan menutup / menyekat parit khusus di premis kediaman dan perniagaan sahaja.


b) Tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas peniaga gerai haram di tepi jalan yang menutup peparitan serta longkang adalah seperti berikut:

i. MPPP
- Tindakan perundangan yang boleh diambil ialah pengeluaran kompaun
di bawah Undang-undang Kecil Penjaja (MPPP) 1979 di atas kesalahan
menjaja tanpa lesen dan kesalahan mengabaikan kebersihan di bawah
Undang-undang Kecil Kebersihan Dan Keselamatan Awam (MPPP) 1980 dan
juga di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.
 

ii. MPSP
- Tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Kacauganggu,
Seksyen 81 (j) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Notis Kacauganggu
boleh diberi di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976,
jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi satu ribu atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau
kedua-duanya.

- Kompaun juga boleh dikenakan terhadap peniaga yang ingkar yang
menyebabkan perparitan longkang kotor di bawah Undang-Undang
Kecil 3 (a) Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-
Kesalahan) MPSP 1977, kompaun boleh dikenakan tidak melebihi
dua ratus lima puluh ringgit di atas kesalahan menumpahkan apa-
apa bahan cecair, buangan dan bahan busuk dalam mana-mana
longkang atau di mana-mana tempat awam di bawah Undang-Undang
Kecil 19 Undang-Undang Kecil Penjaja MPSP 1991.

- Seksyen 81(c) adalah tindakan kacauganggu boleh diambil terus
sekiranya apa-apa timbunan atau letakkan yang mana adalah suatu
kacauganggu atau mungkin menjadi sesuatu tempat pembiakan bagi
nyamuk atau lalat atau apa-apa vermin.


c) Cadangan adalah seperti berikut:

i. Cadangan MPPP untuk mengatasi masalah ini ialah melalui
tindakan penguatkuasaan. Sekiranya gerai diletakkan di atas tanah
Kerajaan Negeri maka ianya akan dirujuk kepada Pejabat Daerah dan tanah.


ii. MPSP mencadangkan supaya mengambil langkah-langkah memberhentikan, memusnahkan dan menghapuskan segala kacauganggu di kawasan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang melakukan mana-mana kacau ganggu itu dan tuntutan boleh dibuat ke atas orang itu untuk mendapatkan ganti rugi.


Disediakan oleh Hasnah 0194432112
Disemak oleh Mohd Lokman Hakim bin Syed Sultan 0174779796

Kembali