MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Terdapat kerja-kerja projek pembinaan rumah di lereng bukit, yang menyebabkan aliran tanah merah turun ke kawasan rendah serta berlakunya banjir lumpur. Apakah tindakan undang-undang yang boleh dikenakan dan berapa banyakkah denda yang telah dikutip?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
a) Tindakan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas pemaju yang terbukti menjadi punca berlakunya banjir lumpur di kawasan rendah adalah seperti berikut:-
i. MPSP
Seksyen 70(A) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) – Apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan bagi suatu kesalahan yang berterusan denda yang boleh meningkat hingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.
Mengikut Undang-Undang Kecil Kerja Tanah Majlis Perbandaran Seberang Perai (1992) – Apabila disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.


Seksyen 87 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 – Notis menghendaki kacauganggu diberhentikan. Apabila disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.
Di bawah Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan- Kesalahan) Jalan, Parit Dan Bangunan 1980, kesalahan di bawah seksyen 87 di atas boleh dikenakan kompaun dengan jumlah tidak melebihi lima ratus ringgit.
Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Notis menghendaki kacauganggu dihapuskan. Apabila disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
ii. MPPP
Untuk sebarang kerja tanah yang dijalankan tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas mereka adalah dibawah seksyen 70(A) (1) Akta Jalan, parit dan Bangunan 1974. Kesalahan ini jika disabit boleh dikenakan hukuman denda maksima sebanyak RM 50,000.00 atau penjara melebihi 5 tahun dibawah seksyen 70(A) (1) Akta Jalan, parit dan Bangunan 1974.
Notis Menghendaki Kerja Tanah Diberhentikan’ mengikut Seksyen 70A (Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974) boleh dikenakan terhadap mana-mana projek pembangunan yang telah diberi kelulusan kerja tanah oleh MPPP sekiranya banjir lumpur berlaku disebabkan oleh projek pembangunan tersebut. ‘Notis Menghendaki Kerja Tanah Diberhentikan’ hanya akan ditarikbalik (lifted) setelah semua syarat yang dikenakan di dalam notis dipatuhi sepenuhnya dan MPPP berpuas hati dengan pematuhan syarat yang telah dibuat. Tiada sebarang denda dikenakan kerana ‘Notis Menghendaki Kerja Tanah Diberhentikan’ juga adalah merupakan satu bentuk denda kerana kerja-kerja di tapak perlu dihentikan sehingga ‘Notis Menghendaki Kerja Tanah Diberhentikan’ ditarikbalik (lifted).
b) Jumlah kutipan denda yang dikutip MPPP dan MPSP bagi bulan Januari 2013 hingga bulan September 2014 adalah seperti di Lampiran A.


Disediakan oleh : Hasnah Sulaiman 0194432112
Disemak oleh Mohd Lokman Hakim Syed Sultan 0174779796
Kembali