MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Berapakah tahap pencemaran sungai–sungai di Pulau Pinang?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Pemantauan kualiti air sungai di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan di tujuh (7) batang lembagan sungai iaitu Sungai Jawi, Sungai Pinang, Sungai Juru, Sungai Kluang, Sungai Perai, Sungai Bayan Lepas dan Sungai Kerian. Berdasarkan rekod pengawasan bagi tahun 2013 ke atas 22 batang anak sungai di tujuh (7) lembangan tersebut, sebanyak empat (4) batang sungai dikategorikan sebagai bersih iaitu Sungai Junjong, Sungai Air Terjun, Sungai Ara dan Sungai Kechil. Manakala tujuh (7) batang sungai dikategorikan sebagai cemar (Kelas IV) iaitu Sungai Jawi, Sungai Jelutong, Sungai Pinang, Sungai Juru, Sungai Kereh, Sungai Perai dan Sungai Pertama. Status kualiti/ pencemaran air sungai yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.
Kembali