Jawapan
Berikutan kesesuaian lokasi, keadaan fizikal serta faktor teknikal seperti kualiti air dan tanah, Tanah Kerajaan Negeri Di Sepanjang Persisiran Pantai Pasir Gebu, Mukim 1 Hingga Kuala Bekah, Mukim 4, Daerah SPU seluas 277.00 Hektar (684.4 Ekar) telah dicadangkan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) Penaga Daerah Seberang Perai Utara. Kawasan ZIA ini dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Kg.Penaga Utara, Zon Kg. Penaga Selatan dan Zon Kuala Bekah.
Permohonan perlingkungan semula telah dikemukakan oleh konsultan bagi pihak peserta dengan pembiayaan sendiri daripada zon hutan (paya bakau) kepada zon pertanian (akuakultur) . Ianya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri pada 30 April 2014 dan disahkan pada 26 Mei 2014. Kelulusan permohonan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dikenakan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai semasa peringkat permohonan kebenaran merancang.
Kertas MMK telah menetapkan syarat-syarat tawaran bagi pembangunan projek ZIA Penaga pada 25 Julai 2014 dan disahkan pada 6 Ogos 2014. Surat tawaran telah dikemukakan kepada peserta dan CMI telah menerima surat setuju terima tawaran daripada semua peserta pada 17 Oktober 2014. CMI kini dalam proses memuktamadkan terma-terma perjanjian bersama peserta-peserta ZIA Penaga. Pelantikan konsultan bagi laporan DEIA adalah oleh Persatuan Penternakan Akuakultur Pulau Pinang (PENKUA), manakala bagi kos DEIA pula akan ditanggung sepenuhnya secara bersama oleh semua peserta. Projek ZIA Penaga ini disertai oleh seramai 19 orang peserta. Senarai peserta adalah seperti di lampiran 'A'.