Jawapan
Pihak MPPP memandang serius berhubung keselamatan dan keseragaman papan iklan. Antara langkah-langkah yang telah diambil berhubung perkara ini adalah seperti berikut:
I) Mengguna pakai Garis Panduan Papan Iklan Luar Negeri Pulau Pinang sebagai panduan dalam menetapkan tahap keselamatan struktur iklan. Keselamatan papan iklan adalah berasaskan kepada keseragaman saiz papan iklan luar, jenis-jenis papan iklan luar yang dibenarkan dan jarak-jarak yang perlu dipatuhi bagi membina sebuah papan iklan.
ii) Mewajibkan pengusaha mengemukakan laporan Pelan Struktur dari Jurutera Struktur yang bertauliah.
Iii) Pengusaha perlu menginsurankan papan iklan dengan insurans liabiliti awam pada kadar sebanyak RM1 juta
iv)Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas papan iklan yang didirikan tanpa kelulusan MPPP.
v)Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ke atas struktur yang telah diluluskan.
Untuk makluman, semua permohonan untuk iklan premis komersial juga adalah tertakluk kepada Garis Panduan Papan Reka Bentuk Menara Iklan Setiang Atau Berbilang Tiang Dan Garis Panduan Papan Iklan Majlis yang mengawal dari segi jumlah, saiz dan lokasi papan iklan berkenaan.
Permit secara tahunan akan dikeluarkan ke atas binaan struktur iklan berkenaan dan sebelum pembaharuan permit diberi, Jurutera berkaitan perlu memeriksa dan memberikan pengesahan baharu ke atas keselamatan struktur berkenaan.
Manakala bagi kawasan Seberang Perai, MPSP telah meminta pemilik premis yang mempunyai papan iklan besar di atas bangunan dan yang terkeluar dari bangunan supaya mendapatkan perakuan keselamatan struktur papan iklan tersebut dari Jurutera bertauliah. Kegagalan pemilik premis mematuhi arahan berkenaan boleh menyebabkan lesen papan iklan dibatalkan oleh MPSP.
Selain itu, bagi papan iklan yang didirikan di atas tanah ataupun di atas bangunan, setiap rekabentuk struktur hendaklah mendapat pengesahan Jurutera bertauliah. Syarikat pengiklanan juga perlu menyediakan laporan kekukuhan struktur setiap kali sebelum pembaharuan lesen iklan dipohon.
Pemilik papan iklan juga dikehendaki untuk mengambil polisi insuran (public liability insurance) sebanyak RM 1 juta.
Disediakan oleh : Tengku Nor Airni 0194142469
Disemak oleh Mohd Lokman Hakim bin Syed Sultan 0174779796