MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Enakmen Perumahan telah lama diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Bilakah pengisian jawatan-jawatan di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) akan diisi? Adakah kakitangan yang ada sekarang akan dikekalkan? Sila nyatakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam mengisi jawatan dalam LPNPP.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Pengisian jawatan di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) akan dilaksanakan setelah penubuhan LPNPP tersebut diluluskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dan mendapat Surat Kuasa Perjawatan (SKP) daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Kakitangan sedia ada di Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diberi opsyen pertukaran pelantikan ke LPN berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2002. Untuk menganggotai LPNPP, syarat-syarat pelantikan adalah mengikut syarat Skim Perkhidmatan jawatan yang telah ditetapkan oleh pihak JPA.
Kembali