Jawapan
Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.9/2009 yang bermesyuarat pada 23 & 28 Oktober 2009 telah meluluskan perlingkungan semula Lot-lot 103, 267 dan 378 Mukim 5, DBD dari zon ‘Tanah Bukit’ kepada zon ‘Perumahan Am’.
Pada 28 Februari 2012, MPPP telahpun meluluskan Kebenaran Merancang MPPP/OSC/PM 1170/10(LB) kepada tetuan Pearl Cosmos Sdn. Bhd. bagi membina berbagai jenis rumah termasuk 132 unit rumah pangsa kos rendah di lot berkenaan. 3 April 2012, Assignment Of Planning Permission daripada Tetuan Pearl Cosmos Sdn Bhd kepada Tetuan Setia Promenade Sdn Bhd. telahpun dibuat melalui dasar yang sedia ada rumah kos rendah (RKR) boleh juga dibina di kawasan lain dalam daerah yang sama.
Oleh yang demikian, pada masa kini Tetuan Kay Pride Sdn Bhd (anak syarikat Setia Promenade Sdn Bhd) sedang membina 255 unit rumah pangsa kos rendah di atas lot 297, Jalan Pulau Betong, Mukim J, DBD, Pulau Pinang iaitu di lokasi yang berbeza dari lokasi asal selaras dengan dasar kerajaan yang membenarkan rumah kos rendah boleh di bina di tapak yang lain dalam daerah yang sama. Harga jualan maksimum yang ditetapkan untuk rumah kos rendah adalah RM42,000.00
Lokasi tanah itu adalah di sebelah kanan Lebuh Relau dari Jabatan Pertanian menghala ke Taman Alor Vista.