Jawapan
Fenomena peningkatan Kes denggi bukan haya berlaku di daerah SPT sahaja malahan Ia turut meningkat di seluruh Negara.
(a) Langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani isu ini adalah
(i) Mengadakan Mesyuarat berkala 2 minggu sekali bersama wakil-wakil PBT, Jabatan Kesihatan Negeri dan pejabat-pejabat daerah yang dipengerusikan oleh YB Exco bagi memantau situasi semasa dan merancang serta menjalankan tindakan-tindakan serta program-program yang bersesuaian.
(ii)Menjalankan siasatan dan pemeriksaan tempat pembiakan (PTP) dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima notifikasi kes denggi dari pengamal perubatan.
(iii)Menjalankan semburan kabus dan ULV dalam tempoh 24 jam selepas menerima notifikasi kes.
(iv) Melaksanakan ‘Cari dan Musnah’ dan ‘larviciding’ tempat-tempat pembiakan di kawasan “No man’s land†(rujuk butiran no.3 di Jadual 2)
(v)Penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) dengan pengeluaran kompaun dan penutupan premis. Menjalankan Pendidikan Kesihatan dengan pelbagai pendekatan seperti edaran risalah, pameran, ceramah, pendekatan individu. Ini dijalankan di sekolah, dewan JKKK dan KRT, masjid, kuil, pasar awam dan pasar malam.
(vi)Mengadakan Promosi Kesihatan Hari Kesihatan Sedunia dengan tema Gigitan Kecil Ancaman Besar di Perkampungan Berapit, salah satu kawasan wabak tidak terkawal pada bulan Jun 2014.
(vii)Mengadakan mesyuarat wabak mingguan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah pada setiap hari Rabu.
(viii)Mengadakan gotong royong apabila berlaku wabak di sesuatu kawasan.
(ix)Menjalankan kajian persekitaran bagi memastikan keadaan parit, longkang di selengarakan dengan baik
(x)Menjalankan kajian persekitaran bagi memastikan sistem kutipan dan pengumpulan sampah berjalan dengan baik.
(xi) Menjalankan pemantauan aktiviti sampah haram bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di lokasi tersebut.
(xii)Menjalankan aktiviti gotong royong bersama penduduk dan agenda kerajaan yang terlibat.
(xiii)Pengatkuasaan terhadap individu yang membiarkan premis berada dalam keadaan kotor dan semak samun. Tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan notis dan kompoun dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 Di samping itu penutupan premis (stop work order) juga dikenakan terhadap premis yang didapati terlalu kotor dan membiakkan jentik- jentik melebihi kadar yang ditetapkan.
(xiv)Pemberian abate secara percuma di pelbagai agensi kesihatan dan pejabat-pejabat kadun.
(xv)Pemberian risalah serta ceramah pencegahan dan kawalan denggi.
(xvi)Penubuhan pasukan COMBI juga digalakkan sebagai pasukan pemantauan diperingkat komuniti .
(b) Antara Punca-punca yang telah dikenalpasti adalah
(i)Punca utama yang dikenalpasti menjadikan lokasi kes denggi berlaku ialah pembuangan sampah dikawasan yang tidak dibenarkan atau dikenali sebagai sampah haram dan sikap kurang prihatin penduduk setempat.
(ii) Tapak pembinaan yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan berlakunya kawasan pembiakan nyamuk aedes
(iii)Longkang-longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna menyebabkan berlakunya takungan air.
(c) Bilangan kes denggi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan adalah seperti berikut
Bil
KADUN
2012
2013
2014
(sehingga 18/10/2014)
1
Machang Bubuk
26
56
124
2
Padang Lalang
16
26
108
3
Seberang Jaya
39
40
71
4
Berapit
18
14
59
5
Perai
35
64
53
6
Bukit Tengah
19
26
48
7
Permatang Pasir
10
19
25
8
Penanti
18
9
20
Jumlah Kes di SPT
181
254
508