Jawapan
Jumlah pelajar yang mengambil kursus di PSDC dari tahun 2012 – 2014 adalah seperti berikut :
2012 – 6716 orang pelajar
2013 – 5815 orang pelajar
2014 – 5035 orang pelajar
Kursus yang ditawarkan di PSDC adalah seperti berikut:
i. Sijil Teknologi Pemesinan Kepersisan (Tahap 1, 2 & 3)
ii. Diploma Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik,
Telekomunikasi)
iii. Diploma Teknologi Pembuatan (CAD/CAM) – Tahap 4
iv. Program Peningkatan Kemahiran (Upskilling, INSEP)
Dalam proses pengambilan pelajar, PSDC tidak mengamalkan pengambilan berdasarkan kaum, bangsa, agama dan budaya dan oleh itu tidak menyimpan rekod berdasarkan kaum. PSDC hanya menyimpan rekod berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan.
a. Disediakan oleh : Surentharan A/L Ramadas / 016-4571223
b. Disemak oleh : Mohd Farulizam Che Meh / 019-4817678