Jawapan
a) Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian penswastaan dengan Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong Di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri tidak memiliki butiran terperinci mengenai Perjanjian Usahasama di antara Astral Supreme Construction Berhad dan Zenith PMC Sdn. Bhd. kerana ianya melibatkan pihak ketiga dan diluar kawalan Kerajaan Negeri. Setakat ini, kerja-kerja bagi Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) telah dilaksanakan secara profesional oleh pihak syarikat. Kajian Kebolehlaksanaan ke atas 3 buah projek jalan-jalan utama telahpun disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada 20 November 2014. Kini, kajian tersebut sedang dalam penelitian Perunding Teknikal bebas yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri.
b) Setakat ini, tiada konsesi atau sebarang bayaran termasuk dalam bentuk land swap dikemukakan kepada Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. Bayaran dalam bentuk pemberian milik tanah hanya akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut status pelaksanaan projek dan setelah mendapat perakuan oleh pihak Perunding Teknikal.
Disediakan oleh:
Muhamad Azrai Bin Mohamad Zaini (019-570 0737)
Penolong Pengarah (Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan)
UPEN
Disemak oleh:
Encik Mohd Farulizam Bin Che Meh (019-481 7678)
Timbalan Pengarah (Sektoral)
UPEN