Jawapan
Pada tahun ini, terdapat 2 kes tanah runtuh akibat hakisan tanah. Lokasi kejadian adalah seperti berikut :-
1) Lot 3607 dan Lot 3812, Lorong Air Terjun
Kejadian tanah runtuh telah berlaku pada 3 Oktober 2014 melibatkan sebahagian Lot 3607 milik persendirian dan Lot 3812 milik MPPP. Bagi Lot 3812, MPPP akan menguruskan tindakan untuk panggilan tender bagi menstabilkan tebing-tebing cerun yang runtuh.
Sebagai langkah awal, pihak JKR telah menutup cerun-cerun yang terdedah dengan kepingan tarpaulin bagi kedua-dua lot.
Notis Menghendaki Kacauganggu Dihapuskan bertarikh 16 Oktober 2014 telah dihantar kepada pemilik Lot 3607 (lot persendirian) untuk melantik jurutera perunding bagi mengkaji cadangan kerja-kerja penstabilan cerun yang runtuh. Pemilik tanah adalah dikehendaki menstabilkan cerun-cerun yang telah runtuh.
2. Lot 3622, Mk 18, Hong Seng Estate
Kejadian tanah runtuh telah berlaku pada 3 Oktober 2014. Kejadian tanah runtuh ini adalah disebabkan pokok tumbang hingga menyebabkan hakisan tanah apabila hujan lebat.
Notis Menghendaki Kacauganggu Dihapuskan telah dihantar oleh MPPP kepada pemilk lot ini pada 22 Oktober 2014 untuk melantik jurutera perunding bagi mengkaji cadangan kerja-kerja penstabilan cerun yang runtuh.
Penjelasan untuk penduduk kaki bukit ialah pemilk tanah dan penduduk sekitar perlu memastikan sistem saliran sedia ada tidak terhalang dan pokok-pokok ditebing cerun perlu dipangkas agar tidak tumbang dan menyebabkan hakisan tanah serta banjir lumpur apabila hujan.
Tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan keselamatan awam adalah seperti berikut:-
i) Mengeluarkan satu garis panduan mengenai tatacara pembinaan
lereng bukit iaitu “Safety Guideline For Hillsite Development
2012â€;
ii) Dua Jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri seperti
berikut:-
a) Jawatankuasa Mengkaji Semula Perancangan Pembangunan
Tanah Bukit Negeri Pulau Pinang;
- Berperanan untuk mengkaji semula polisi-polisi
sedia ada bagi pembangunan tanah bukit untuk meningkatkan
lagi keselamatan dan kelestarian alam sekitar.
b) Jawatankuasa Penasihat Teknikal;
- Berperanan untuk memastikan cadangan-cadangan
pembangunan baru menepati syarat-syarat dalam “Safety
Guideline For Hillsite Development 2012â€. Panel ini juga
dianggotai oleh Pakar Geoteknikal dari Hong Kong.
- Memajukan strategi-strategi dan pelan-pelan untuk
mempertingkatkan lagi pengurusan cerun-cerun;
- Membangunkan sistem-sistem bagi menilai cerun-
cerun lama;
- Membangunkan sistem dan template bagi kakitangan
Majlis melaksanakan tugas-tugas; dan
iii) Jurutera-jurutera geoteknikal telah ditempatkan di Bahagian Geoteknikal, Jabatan Kejuruteraan MPPP bagi memantapkan lagi Bahagian berkenaan.
Selain itu, bagi memastikan keselamatan awam, Jabatan Kerja Raya telah memasang plastik di lokasi tanah runtuh untuk mengelakkan kejadian runtuhan terus berlaku. Agensi lain seperti Jabatan Bomba, MPPP dan PDRM turut membuat pemantauan dan kerja-kerja pembersihan di tapak. Selain itu, PDTDTL juga telah membuat penawaran kepada dua keluarga yang terjejas teruk untuk berpindah sementara ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Pinang.
Disediakan oleh Hasnah Sulaiman 0194432112
Disemak oleh Mohd Lokman Hakim bin Syed Sultan 0174479796