MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Program Bantuan Ibu Emas yang sedang dijalankan sejak satu setengah tahun yang lalu masih belum memulakan pembayaran kepada para pemohon. Apakah status terkini program tersebut? Jabatan kerajaan yang manakah sepatutnya bertanggungjawab melaksanakan program tersebut? Bilakah program tersebut akan membuat bayaran kepada para pemohon?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Program bantuan Ibu Emas merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pada Mei 2013 selaras dengan konsep keprihatinan kerajaan terhadap kaum ibu yang menjalankan tugas rumahtangga dan tanggungjawab mereka untuk keluarga tanpa sebarang bayaran atau gaji,
Setakat ini, permohonan bagi program Ibu Emas sudah ditutup pada 3 Oktober 2014. Pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program ini ialah Pejabat Daerah dan Tanah, Unit Masyarakat Penyayang dan Pusat Khidmat ADUN. Program ini akan mulakan pembayaran pada 15hb Disember 2014 sehingga 30hb Disember 2014.

Jawapan Disediakan oleh : En. Mohd Husaini Bin Saad (017-3230771)
Jawapan Disemak oleh : En. Mohd Farulizam Bin Che Meh (019-4817678)
Kembali