MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Kegiatan dadah dan samseng masih berleluasa di Pulau Pinang. Ini turut menimbulkan banyak gejala sosial negatif di kalangan orang muda Pulau Pinang. Apakah rancangan dan strategi Kerajaan Negeri untuk membendung kegiatan-kegiatan jenayah ini? Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memberi kesedaran kepada orang muda yang sesat ini?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
PDRM Pulau Pinang sentiasa mengambil pelbagai langkah-langkah dan mengatur strategi untuk mencegah dan membanteras kegiatan dadah dan samseng di seluruh negeri Pulau Pinang. Pihak Polis membuat pemeriksaan / serbuan setiap hari di kawasan Hot Spot gengsterisme dan dadah melalui Ops Cantas Khas, Ops Mutiara Khas, Ops Bersepadu Hujung Minggu oleh IPK dan IPD di kawasan lokasi lokasi yang menjadi tumpuan golongan muda dan pusat pusat hiburan dan pelbagai Operasi lagi di jalankan untuk membendung kegiatan-kegiatan ini. Malah Kerajaan Negeri juga turut terlibat dalam memantau aktiviti-aktiviti sedemikian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri.
Kembali