MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Apakah status terkini pemohonan projek HAPPY dan sila senaraikan dengan terperinci berapakah projek yang telah dimohon dan berapa yang berjaya?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Program HAPPY! yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bermula
pada tahun 2013. Ianya adalah bertujuan untuk menyumbang
pembiayaan samada 10% atau 30% bagi projek-projek perumahan
kos rendah dan sederhana rendah swasta yang diluluskan di
bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP-
1Malaysia).
Permohonan di bawahProgram TP-1Malaysia dikemukakan kepada Pesuruhjaya Bangunanyang kemudiannya mengemukakan kepada pertimbangan dan kelulusan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, ICU JPM. Tertakluk kepada kelulusan tersebut, maka Kerajaan Negeri akan menyumbang samada 10% atau 30% daripada kos projek di mana agihan pembiayaan ini bergantung kepada
kategori perumahan swasta terlibat.

Setakat ini, sejumlah 119 permohonan telah dikemukakan TP-1Malaysia iaitu 67 di bahagian Pulau dan 52 di bahagian Seberang Perai.

Pada tahun 2013, dua (2) projek perumahan diluluskan
pembiayaan di bawah Program HAPPY! berjumlah RM54,466.10,
manakala pada tahun 2014, 12 projek perumahan diluluskan
pembiayaan berjumlah RM2,412,620.00. Senarai projek yang
diluluskan pembiayaan di bawah Program HAPPY! ialah:-

TAHUN 2013
i) Kerja-kerja penyelenggaraan Perumahan – RM9,610.00 Bertingkat Taman Sungai Batu
ii) Kerja-kerja penyelenggaraan Flat Taman – RM44,856.10 Haji Mohd Amin
TAHUN 2014
i) Perbadanan Pengurusan Bersama Taman – RM60,000.00
Teluk Kumbar
ii) Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri – RM324,000.00 Indah Fasa 1C,Teluk Air Tawar
iii) Perbadanan Pengurusan Halaman Damai – RM324,000.00 Blok 9, Lintang Kg. Rawa
iv) Badan Pengurusan Bersama Saujana – RM532,600.00 Heights, Teluk Kumbar
v) Badan Pengurusan Bersama Rumah – RM300,300.00 Pangsa Sri Bayu, Bayan Lepas
vi) Perbadanan Pengurusan Taman Emas, - RM18,960.00 Teluk Kumbar
vii) Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa – RM12,000.00 Sri Merpati
viii) Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri – RM225,000.00 Titi Mukim
ix) Perbadanan Pengurusan Lily Flats – RM14,270.00


x) Perbadanan Pengurusan 30 Unit – RM12,990.00 Rumah Pangsa
xi) Persatuan Penduduk Pangsapuri Indah, - RM573,000.00 Taman Air Tawar
xii) Persatuan Penduduk Desa Pantai Indah - RM15,500.00







Disediakan oleh : Puan Hashimah bt. Mohamed Hashim/012-5314465
Diluluskan oleh : Y.B. Dato' Haji Mokhtar b. Mohd Jait/019-4549903
Kembali