MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan (a) Nyatakan jumlah program bimbingan keusahawanan dan bilangan usahawan kecil yang telah dilatih dari 2008 hingga sekarang? (b) Nyatakan bilangan usahawan yang telah berjaya memulakan perniagaan dan bidang-bidang mereka. Adakah usahawan berikut dipantau prestasi mereka?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
a) Kerajaan Negeri melalui PDC telah menjalankan sebanyak 68 program bimbingan keusahawanan untuk usahawan kecil di Negeri Pulau Pinang dan seramai 2,613 orang usahawan kecil telahpun dilatih melalui program ini dari tahun 2008 hingga sekarang.
b) Sebanyak 2,613 orang usahawan yang telah berjaya memulakan perniagaan adalah terdiri daripada usahawan-usahawan yang telahpun mempunyai perniagaan masing-masing dalam pelbagai bidang seperti pemakanan, peruncitan, produk kesihatan dan sebagainya. Kerajaan Negeri melalui PDC membuat pemantauan secara khusus mingguan terhadap prestasi bayaran balik pinjaman usahawan tersebut. Terdapat pelbagai usaha dijalankan untuk membantu usahawan-usahawan ini melalui penganjuran pelbagai program keusahawanan seperti kursus dan seminar serta penyertaan pameran dan ekspo keusahawanan tempatan dan di peringkat Asean.


Disediakan oleh : Masayu Azreen binti Md Said / 012-4117002
Disemak oleh : Encik Mohd Farulizam bin Che Meh / 019-4817678
Diluluskan oleh : Y.Bhg. Dato' Abu Jamal bin Nordin / 017-9997519
Kembali