MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Adakah terdapat proposal pembangunan di dalam Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Lorong Kulit? Jika ya, adakah pihak tertentu mengetahui bidang tanah tersebut menggunakan bahan yang mengandungi radioaktif? Adakah A.E.L.B dimaklumkan mengenai cadangan tersebut?
Dun -
Exco
Perkara Stadium

Jawapan
Terdapat dua (2) cadangan pembangunan di dalam Stadium Bandaraya Pulau Pinang iaitu:

(i)Projek menaiktaraf trek balapan
(ii)Projek menaiktaraf teres tempat duduk penonton

Kedua-dua projek ini tidak melibatkan sebarang kerja-kerja tanah dan pengorekan di kawasan yang mengandungi radioaktif. Kawasan yang dipercayai mempunyai radioaktif hanya di kawasan padang bola sepak sahaja.

Walau bagaimanapun, sekiranya kerja-kerja pengorekan tersebut melibatkan sanga timah ianya akan dirujuk pada Jabatan Tenaga Atom dan Jabatan Mineral Dan Geosains untuk ulasan dan tindakan mereka sewajarnya. Kerja-kerja penyiasatan tahap akan dijalankan terlebih dahulu untuk mengenalpasti keadaan dan kesesuaian tanah untuk pembangunan ini.
Kembali