Jawapan
Rancangan untuk mendidik warga Pulau Pinang supaya menjaga kebersihan di Pulau Pinang adalah dikelolakan secara berterusan melalui usahasama bersama ADUN, Ahli Majlis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persatuan Penduduk yang melibatkan program seperti berikut:
Bagi tujuan ini, MPPP telah mengambil tindakan berikut:
a.Pelancaran projek secara bersama dengan inisatif polisi Safer, Cleaner, Greener and Healthier Penang yang melibatkan penyertaan komuniti serta masyarakat dalam program-program seperti di Jadual A.
b.Mewujudkan Pusat Sumber Alam Sekitar di Kompleks Taman Sri Nibong, Sungai Nibong dalam usaha untuk memperluaskan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pengumpulan barangan kitar semula dan mendidik generasi muda kepentingan mengamalkan kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar.
c.Kolaborasi dengan Persatuan Penduduk seperti di kalangan komuniti rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berperanan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar.
d.Cadangan mewujudkan Rakan Alam Sekitar di peringkat komuniti Rukun Tetangga dan sebagainya.
MPSP pula sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran kebersihan penduduk melalui-program-program yang telah dirancang seperti berikut :
a. Program gotong-royong pembersihan
b. Kitar semula komuniti
c. Pengkomposan komuniti
d. Community Farming
e. Projek komposter Aerob Ahli Majlis
f. Program Sekolah Hijau.
g. Program Zero Waste.
h. Program “Makan Sampai Habisâ€.
i. MPSP telah melancarkan pengurusan sisa organik serta ceramah
kitar semula di Park View Butterworth, Pangsapuri Taman Pandan
Butterworth dan Pangsa Taman Tanjung Indah Butterworth bagi
mengurangkan sampah-sarap di rumah pangsa.
j. Menjemput Pejabat Kesihatan Daerah untuk memberi taklimat
tentang masalah denggi dan kebersihan dalam Mesyuarat Agung
JMB/MC.
k. Melalui seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Pesuruhjaya
Bangunan yang menekankan tugas dan tanggungjawab JMB/MC serta
pemilik petak untuk menjaga kebersihan kawasan mereka.
l. Memberi nasihat kepada badan dan pemilik petak bagi menyenggara
tempat masing-masing dengan baik di samping mencadangkan
program gotong-royong bagi skim-skim yang kotor.
Bilangan kompaun untuk kesalahan pembuangan sampah yang telah dikeluarkan sehingga Oktober 2014 oleh MPPP adalah sebanyak 1081 kompaun dan MPSP sebanyak 180 kompaun.
Disediakan Oleh: Hasnah Sulaiman (012-443 2112)
Disemak oleh : Mohd Lokman Hakim Bin Syed Sultan (017-4779796)