MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Kes rogol dan keganasan rumahtangga semakin meningkat. Apakah statistik kes-kes ini dan apakah rancangan pihak berkuasa untuk mengurangkan atau mengelakkan berlakunya kes rogol dan keganasan rumahtangga?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
(1) Statistik kes rogol kontinjen Pulau Pinang dari tahun 2011 hingga 2014( Jan – Sept) seperti di Jadual 'A', setakat ini menunjukkan penurunan . Bagi kes Keganasan rumahtangga pula dari tahun 2011 hingga 2012 menunjukkan penurunan dari 307 kes kepada 231 kes sahaja. Bagaimanapun mulai 2012 hingga 2014 ( Jan- Sept ) jumlah kes yang dilaporkan telah meningkat.

(2)Bagi kes rogol, pelbagai program pencegahan kes-kes seksual di kalangan remaja wanita dan lelaki yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014. Program yang diberi nama “Manisnya menjadi gadis “ telah dijalankan di 13 buah sekolah menengah dengan memberi tumpuan kepada pelajar wanita di bawah umur 15 tahun untuk memupuk kesedaran kesan dan akibat dari pergaulan bebas. Pelajar juga dididik bagaimana untuk menjaga maruah diri dan melindungi diri dari menjadi mangsa jenayah seksual.

(3)Program “Outreach Pelajar” juga telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah untuk beri kesedaran kepada pelajar supaya mereka tidak terjebak dengan kegiatan jenayah.

(4)Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang juga telah menjalankan banyak program dalam menangani isu keganasan terhadap wanita terutama bagi kes seksual dan keganasan Rumahtangga. Terdapat juga program yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita di mana pihak polis akan hadir memberi ceramah berkaitan isu Keganasan Rumahtangga dan kes Rogol.
(5) Pada 27 Sept 2014 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Wanita: Seminar remaja dan Seks Bebas : Kesan dan Akibat. Program ini telah disertai oleh pelajar dan guru dari 77 buah sekolah menengah dari seluruh Pulau Pinang . Objektif program ini adalah sebagai langkah pencegahan dan memberi pendedahan kepada masyarakat kesan dan akibat pergaulan bebas yang membawa kepada jenayah seksual.

(6)Selain dari ceramah bahagian D11 juga banyak membuat pameran berkaitan kes keganasan rumahtangga, dan penderaan kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat akan mengenai jenayah seksual dan keganasan rumahtangga. Kempen kesedaran yang mendidik golongan remaja dan wanita untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa jenayah seksual sentiasa menarik perhatian ramai golongan sasaran dan memberikan kesan yang baik yang dapat dilihat dalam penurunan statistic di Kontinjen Pulau Pinang.
JADUAL 'A'
STATISTIK KES ROGOL DAN KEGANASAN RUMAHTANGGA TAHUN 2012-2014 (JAN-SEPT) KONTINJEN PULAU PINANG
TAHUN/KES
2011
2012
2013
2014
(Jan-Sept)
KRT
307
231
241
250
Rogol
142
121
116
74

Kembali