MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Pulau Pinang memang dikenal pasti antara negeri yang mencatatkan kes denggi yang tertinggi di Malaysia. Ia berpunca dari nyamuk aedes yang membiak di takungan air dalam longkang di kawasan perumahan kerana banyak longkang yang rosak di kawasan perumahan. Adakah Kerajaan Negeri akan membaiki longkang yang pecah di seluruh negeri secara berperingkat?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Longkang merupakan antara tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai punca pembiakan nyamuk Aedes. Antara sebab-sebab longkang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes adalah:-

(i)Masalah gradient yang menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna dan menyebabkan penakungan pada bahagian-bahagian tertentu.

(ii)Longkang pecah atau berlaku mendapan tanah yang menyebabkan takungan berlaku.

(iii) Pembuangan sampah yang menyebabkan aliran tersekat.

Pihak Kerajaan sememangnya mempunyai perancangan untuk membaiki longkang-longkang yang pecah di seluruh negeri secara berperingkat. Malah sebagai langkah awalan kerja-kerja pembersihan longkang telah dipergiatkan.
Kembali