Jawapan
Jawapan:
Penganjuran Pesta Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong merupakan ikon kepada produk pelancongan Kerajaan Negeri pada setiap hujung tahun manakala Tapak Ekspo Seberang Jaya sinonim dalam penganjuran Agrofest anjuran Kerajaan Negeri yang sering diadakan pada pertengahan tahun kalendar aktiviti Kerajaan Negeri.
Biarpun pengunaan Tapak Pesta dan Tapak Ekspo secara zahirnya akan digunakan setahun sekali untuk penganjuran Pesta dan Agrofest, Tapak Pesta dan Tapak Ekspo juga menawarkan pengunaan dewan dan kawasan lapang secara perolehan sewaan untuk kegunaan orang ramai dan syarikat dalam melaksanakan majlis kenduri kahwin, ceramah politik, penganjuran konsert, perasmian produk dan sebagainya.
Manakala kawasan parkir sering mendapat tempahan mengalakkan oleh individu atau syarikat untuk kegunaan pasar malam oleh Persatuan Pasar Malam, karnival pakaian, karnival pelajaran, pick up point untuk pelatih Khidmat Negara, pameran automobil dan tapak kepada penganjuran mini Fun Fair .
Selain itu pengunaan dewan di Tapak Pesta dan Tapak Ekspo sering digunakan untuk majlis rasmi Kerajaan Negeri seperti Majlis Bantuan Warga Emas, Pelajar Emas dan sebagainya serta penganjuran Majlis Perayaan Raya oleh Y.B. Ahli MMK / ADUN kawasan. Berdasarkan rekod, tempahan dewan atau kawasan lapang samada di Tapak Pesta atau Tapak Ekspo penuh ditempah sepanjang tahun.
Adalah kurang wajar bagi kedua-dua Tapak Pesta dan Tapak Ekspo disewakan secara kekal kerana akan menyukarkan dalam persediaan penganjuran Pesta Pulau Pinang dan Agrofest yang memerlukan perancangan dan persediaan awal serta kerjasama dari beberapa agensi sebelum ianya boleh dianjurkan.
Selain itu Tapak Pesta dan Tapak Ekspo ini perlu dikekalkan seperti sedia ada untuk tujuan perancangan masa hadapan Kerajaan Negeri seperti cadangan pembinaan hub pengangkutan di Tapak Pesta Sungai Nibong dan sebagainya.
Disediakan oleh : Encik Ahmad Shukri b. Jamaluddin/012-426 7346
Disemak oleh : Puan Hashimah bt. Mohamed Hashim/012-5314465
Diluluskan oleh : Y.B. Dato' Haji Mokhtar b. Mohd Jait/019-4549903