MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan MMK Sains dan MMK Pembangunan Desa memberi peruntukan kepada Kemajuan STEM (Science Teknologi English Matematik) melalui penubuhan PSC (Penang Science Café). (a) Mengapa kedua-dua MMK tidak memberi bantuan peruntukan kepada PSC @ Penanti? (b) Mengapa Peraturan kewangan tidak membenarkan ADUN menggunakan peruntukannya untuk membeli peralatan robotics serta membiayai elaun mentor?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
(a) MMK Sains, Teknologi dan Inovasi serta MMK Pembangunan Desa tidak mempunyai peruntukan khusus kepada Penang Science Cafe. Ini kerana Penang Science Cafe adalah di bawah pemantauan Penang Science Cluster yang merupakan badan bukan berasaskan keuntungan yang mendapat bantuan pembiayaan melalui sumbangan atau secara Corporate Social Responsibility (CSR) olehh badan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta.
Peruntukan MMK Sains, Teknologi dan Inovasi serta MMK Pembangunan Desa bertujuan untuk membiayai program-program secara one-off yang dilaksanakan oleh ahli-ahli Jawatankuasa MMK tersebut.

(b) Peraturan Kewangan tidak membenarkan ADUN menggunakan peruntukannya untuk membeli peralatan robotics serta membiayai elaun mentor kerana peruntukkan tersebut dikhaskan untuk penganjuran program-program di bawah ADUN dan bukan untuk membeli aset atau harta modal (peralatan robotics). Peruntukkan ADUN diberi dari objek 29000 dalam panduan kewangan dimana ia tidak boleh digunakan untuk membeli aset atau harta modal.

a. Disediakan oleh : Surentharan A/L Ramadas / 016-4571223
b. Disemak oleh : Mohd Farulizam Che Mah / 019-4817678
Kembali