Jawapan
MPPP mengambil tindakan bagi premis atau tanah lapang persendirian yang didapati bersemak samun dan berpotensi untuk pembiakan nyamuk atau mendatangkan kacaugangguan awam. Notis di bawah Seksyen 8 (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dikeluarkan kepada pemilik/penghuni untuk melakukan pembersihan. Jika pemilik/penghuni gagal mematuhi notis setelah tamat tempohnya, MPPP akan melakukan pembersihan dan segala kos dan perbelanjaan yang terlibat akan dituntut daripada pemilik/penghuni yang berkaitan di bawah Seksyen 8 (6) dan 8 (7) Akta yang sama.
Untuk tahun ini, sehingga bulan September 2014, 173 notis yang berkenaan telah dikeluarkan iaitu 167 notis di Daerah Timur Laut dan 6 notis di Daerah Barat Daya. MPPP telah mengambil tindakan susulan melakukan pembersihan ke atas 28 kes dengan jumlah tuntutan balik sebanyak RM7,892.55.
MPSP pula akan mengambil tindakan keatas pemilik premis atau tanah yang membiarkan premis / tanah mereka yang kosong dipenuhi dengan semak-samun, atau tempat pembiakan nyamuk yang berkemungkinan menjadi penyumbang kepada kes demam denggi adalah dengan mengeluarkan notis, diberi tempoh 14 hari untuk membersihkan premis / tanah kosong yang dimiliki oleh mereka.
Sekiranya premis / tanah tidak dibersihkan maka kompaun (RM250.00) akan dikenakan di bawah Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Dalam masa yang sama, sekiranya pemilik premis / tanah tidak juga menjalankan pembersihan, pihak MPSP akan membersihkan dan tuntutan kos pembersihan kepada pemilik akan dibuat berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukan.
Sehingga Oktober 2014, 18 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik premis/tanah kerana membiarkan kawasan persekitaran dipenuhi semak samun.
Pejabat Kesihatan Daerah mengambil tindakan kepada premis-premis kosong yang disyaki membiak nyamuk Aedes terutamanya di lokaliti kejadian kes atau wabak denggi, Pejabat Kesihatan Daerah akan mengeluarkan notis di bawah seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, di mana pemilik perlu membersihkan premis mereka dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis tersebut. Jika pemilik gagal untuk mematuhi arahan notis tersebut, kes akan dirujuk kepada pihak PBT untuk tindakan lanjut.
Sehingga minggu ke 42 tahun 2014, sebanyak 1,011 kompaun di bawak APSPP telah dikeluarkan dan 11 melibatkan pemilik premis tanah lapang.
Disediakan Oleh: Hasnah Sulaiman (012-443 2112)
Disemak oleh : Mohd Lokman Hakim Bin Syed Sultan (017-4779796)