Jawapan
Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia memaklumkan bahawa Kertas Cadangan pewujudan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa bagi mengkaji Jawatankuasa Tingkatan Tertinggi (JKTT) pada 17 Oktober 2014 (Jumaat) yang lalu.
JKTT adalah berfungsi menimbang dan memutuskan cadangan penubuhan agar penyusunan semula Organisasi. Walau bagaimanapun, keputusan mesyuarat tersebut masih belum diterima dari JPA. Urus setia Mesyuarat JKTT akan memaklumkan terus keputusan mesyuarat kepada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.