Jawapan
3. Perancangan dan dasar baru Kerajaan Negeri dalam pengurusan kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Bahagian Pulau untuk tempoh 10 tahun akan datang adalah berpandukan kepada sistem pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dan mengutamakan amalan-amalan terbaik dalam sistem pengurangan sisa pepejal.
Rancangan jangka pendek dan jangka panjang di dalam memantapkan sistem pengurusan sisa pepejal adalah diambil pelan tindakan seperti berikut:-
(1) Rancangan Pengurusan Sisa Pepejal
(a) Sistem Pungutan Dan Mengangkut Sampah
(i) Melaksanakan pengurusan sistem pungutan sampah secara hybrid mengikut kawasan secara berperingkat-berperingkat yang dikendalikan oleh MPPP. Perancangan dan pelaksanaan dalam tempoh lima (5) tahun pertama adalah melibatkan kawasan perkhidmatan dan kos perbelanjaan modal (capex) seperti berikut:
Kawasan
Perkhidmatan
Perbelanjaan Modal Kenderaan (CAPEX)
Catitan
Balik Pulau
RM1,944,500
Pelaksanaan mulai 2013
Batu Maung
- Bayan Lepas
- Bayan Baru
RM6,500,000
Cadangan pelaksanaan mulai 2015
(ii) Melaksanakan pengurusan sistem pungutan sampah bagi kawasan perkhidmatan yang selainnya yang dikendalikan secara penswastaan. Perancangan dan pelaksanaannya bagi tempoh lima (5) tahun akan datang mulai tahun 2015.
Kawasan yang diswastakan ini akan dikaji aspek perubahan seperti berikut:
(a) Keperluan pensempadanan semula kawasan untuk menentukan sesebuah skim perkhidmatan.
(b) Cadangan penambahbaikan kepada sistem dan piawaian perkhidmatan.
(c) Membangunkan portal mengenai pemberitahuan tentang perkhidmatan.
(iii) Melesenkan pengusaha perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pengusaha barangan lusuh.
(iv) Menguatkuasakan pemasangan Global Positioning System (GPS) secara menyeluruh bagi pembekal perkhidmatan pungutan sampah yang diuruskan oleh MPPP dan syarikat swasta termasuk pengusaha barangan lusuh.
(v) Mengurangkan pengwujudan longgokan sisa pepejal yang dilupuskan dengan menguatkuasakan undang-undang dan penubuhan skuad pemantauan anggota penguatkuasa.
(vi) Mempertingkatkan mutu khidmat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal, berpandukan kerangka Pelan Induk Pembersihan yang digunakan sebagai panduan bagi merancang dan mengawal aktiviti kebersihan mengikut kawasan fokus yang akan dijalankan secara berperingkat dengan mengambil tindakan bersepadu serta membasmi kawasan longgokan sampah. Kawasan-kawasan fokus yang terlibat dalam perancangan tersebut adalah seperti berikut:-
(i) Heritage Enclave
(ii) Pengkalan Weld termasuk Lebuh Macallum
(iii) Jalan Macalister
(iv) Gurney Drive, Bukit Jambul, Queensbay, Bayan Mutiara, Bayan Baru
(v) Jalan Utama, Hospital, Kediaman TYT, Kompleks Masyarakat Penyayang
(vi) Tempat tumpuan pelancong
(vii) Persisiran Pantai
(b) Sistem Pemindahan Sampah
(i) Meningkatkan kapasiti kenderaan dan kemudahan serta loji rawatan di Stesyen Pemindahan Sampah Ampang Jajar yang telah dilaksanakan pada tahun 2013.
(ii) Perancangan untuk membangunkan Stesyen Pemindahan Sampah Batu Maung yang berasaskan kepada Containerised Transfer By Barge System dengan menggunakan kaedah pengangkutan laut bagi pengendalian semua jenis sampah termasuk sampah domestik dan komersial, sisa binaan, marine clay. Sistem ini turut menyediakan Material Recovery Facility (MRF).
(c) Sistem Pelupusan Sampah
(i) Pemantapan sistem dan teknologi pengurusan sisa pepejal seperti pengurusan dan penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burong (Sanitary Landfill Level IV) melalui rancangan penyediaan kemudahan leachate (mobile leachate treatment plant), ecopark, material recovery facility dan refuse derived fuel secara berperingkat.
(ii) Perancangan untuk land mining dan rehabilitation Tapak Pelupusan Sampah Jelutong termasuk perancangan jangka pendek untuk penyediaan kemudahan dan infrastruktur bagi pengurusan dan kitar semula sisaan yang dilupuskan di Tapak Pelupusan Sampah tersebut.
(2) Rancangan Pengurangan Sisa Pepejal
(a) Memperkukuhkan undang-undang dan peraturan serta garispanduan seragam yang berkaitan dengan sistem pengurangan sisa pepejal untuk sisa makanan, sisa binaan, sampah pukal dan sampah kebun dan sebagainya.
(b) Membangunkan dan memperluaskan model dan mekanisma pengurangan sisa pepejal yang berasaskan kepada budaya pengasingan sisa di peringkat punca yang berasaskan kepada prinsip 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Rethink and Reinvent) berserta dengan syarat kegunaan teknologi yang bersesuaian seperti berikut:-
(i) Program Pengurangan Sisa Makanan yang melibatkan komuniti peniaga pasar, sekolah, pengurusan bangunan kediaman bertingkat tinggi, kompleks makanan, restoran, hotel dan hospital serta pasaraya melalui kaedah decentralize segregation at source.
(ii) Projek Ewaste Collection, Segregation and Transportation from Households Recycling yang dibangunkan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) berasaskan kepada penglibatan komuniti peniaga barangan elektronik dan elektrik dan syarikat ‘Full Recovery Facility’.
(iii) Program Pengwujudan Pusat Sumber Alam Sekitar / Pusat Pengasingan Sisa Komuniti yang berperanan untuk merealisasikan pelbagai program yang berbentuk kesedaran dan penglibatan masyarakat tentang pemuliharaan alam sekitar. Sebanyak lapan (8) buah pusat sedemikian telah diwujudkan setakat ini.
Cadangan memperkukuhkan Pusat Sumber Alam Sekitar adalah seperti berikut:
(i) Menggunakan dewan atau tapak bersesuaian sebagai tempat pengumpulan barangan kitarsemula di setiap komuniti dengan mengaktifkan jawatankuasa setempat.
(ii) Memperluaskan penglibatan program kitarsemula dengan mensyaratkan penubuhan jawatankuasa kitarsemula di setiap organisasi, agensi kerajaan, pusat perniagaan, pasar dan kawasan perumahan.
(iii) Mewujudkan pusat sumber pendidikan alam sekitar di Stesyen Pemindahan Sampah atau Tapak Pelupusan Sampah.
(iv) Menggalak masyarakat setempat untuk menjadi tenaga sukarelawan alam alam sekitar daripada komuniti penduduk, sektor restoran, sektor kilang, sektor sekolah dan sebagainya secara self initiative.
(v) Program Pengurangan Sisa Sifar bagi komuniti sekolah melalui program seperti Anugerah Sekolah Hijau dan sebagainya.
(vi) Cadangan Projek Pengasingan Sisa Kebun dengan menggunakan kaedah kitarsemula secara groundswell.
(c) Menambahbaik penglibatan komuniti berterusan di peringkat sekolah, penduduk, badan pengurusan, dan pengusaha/agen kitarsemula. Melaksanakan program di bawah Majlis Perunding Komuniti yang bertindak sebagai platform ke arah Negeri Hijau dengan penglibatan ADUN, Ahli Majlis, Persatuan Penduduk, NGO's dan swasta melalui program komuniti “Cleaner, Greener Penangâ€.
(d) Menguatkuasakan pendaftaran melalui pengeluaran permit terhadap organisasi atau pertubuhan bukan kerajaan dan institusi serta badan sukarela yang melaksanakan perkhidmatan kitar semula.
(e) Membangunkan garispanduan-garispanduan berikut:-
(i) Garispanduan untuk pengurusan sisa pepejal bagi skim bangunan baru.
(ii) Garispanduan untuk pengurusan dan pengasingan sisa pepejal dalam peringkat pemajuan.
(iii) Garispanduan untuk pengurusan dan pengasingan sisa makanan di bangunan kediaman bertingkat serta penetapan Insentif Kewangan Berasaskan Keberhasilan.
Di Seberang Perai, perancangan terhadap pengurusan sisa pepejal adalah seperti berikut:-
(i) MPSP akan mengambilalih 100% pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam pada tahun 2014 dengan proses pengambilalihan telah dimulakan secara berperingkat mulai 2013.
(ii) Pembelian kenderaan kebersihan selaras dengan proses pengambilalihan.
(iii) Penambahan kakitangan kebersihan yang melibatkan semua peringkat bagi memantapkan pelaksanaan dan pemantauan.
(iv) Menggalakkan pengasingan di punca dan kitar semula bagi mengurangkan berat sampah yang akan dihantar ke tapak pelupusan.
(v) Menggalakkan aktiviti pengkomposan sisa organik di peringkat komuniti bagi penghasilan baja organik.
(vi) Menggalakkan aktiviti pengkomposan sisa kebun / tanaman untuk menghasilkan baja kompos dan ‘green pallet’.
(vii) Mengenakan caj pelupusan sisa perindustrian dan perdagangan di tapak pelupusan.
(viii) Menaiktaraf Tapak Pelupusan Pulau Burung dari Sanitary Landfill Level III kepada Sanitary Landfill Level IV beserta dengan kemudahan rawatan leachate.
(ix) Membina ‘Material Recovery Facility’ (MRF) di Tapak Pelupusan Pulau Burung bagi meningkatkan keupayaan kitar semula bagi meminima jumlah sampah dan dapat memanjangkan tempoh hayat tapak pelupusan.
(x) Meningkatkan ‘Education and Awareness’ tentang kebersihan dan keperluan untuk mengurangkan sampah melalui program 'Local Action 21' di peringkat sekolah, komuniti, industri dan pusat komersial.