Jawapan
1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan beberapa program pemberian bantuan seperti Program Warga Emas, Program Ibu tunggal, Program Anak Emas, Program Pelajar Emas dan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi meningkatkan mutu kehidupan rakyat Negeri Pulau Pinang.
a) Kadar jenayah di negeri Pulau Pinang adalah terkawal di mana langkah-langkah pencegahan dan pembanterasan jenayah yang diatur dari masa ke semasa oleh PDRM. Langkah-langkah untuk mengurangkan kadar jenayah di negeri ini dilaksanakan dalam berbagai peringkat yang melibatkan pegawai dan anggota PDRM sendiri samada di peringkat negeri ataupun daerah-daerah.
Tindakan diambil dalam pelbagai cara yang melibatkan tindakan terhadap mereka yang melakukan jenayah dan mengekang mereka daripada terus melakukan tindakan menyalahi undang-undang.
Bagi menambah keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis gerak kerja yang bersifat omnipresence ataupun kehadiran polis di khalayak ramai merupakan langkah mencegah yang dikehendaki oleh masyarakat kepada memenuhi tuntutan penugasan kepolisan dalam negeri ini. Kehadiran polis di khalayak ramai akan memudahkan orang ramai dan PDRM berinteraksi antara satu sama lain khususnya dalam hal-hal yang berkaitan keselamatan setempat orang ramai boleh menyalurkan apa jua bentuk maklumat dan persoalan setempat kepada anggota PDRM yang ditemui.
Dalam masa yang sama masyarakat setempat Pulau Pinang harus memberikan kerjasama dalam menangani masalah jenayah di tempat-tempat kediaman mereka. Dalam hal mencegah jenayah Ketua-ketua Polis Daerah sentiasa mengatur strategi bagi menurunkan kadar jenayah yang berlaku.
Sehingga kini program-program pencegahan berupa reaching out PDRM bagi merungkai permasalahan yang berlaku. Program-program perjumpaan dan dialog oleh pihak PDRM sentiasa diadakan untuk membincangkan langkah-langkah terbaik yang boleh dipraktikkan dalam kawasan yang disasar.
Selain daripada itu, komitmen yang ditunjukkan oleh kumpulan-kumpulan rukun tetangga dan Skim Rondaan Sukarela telah memberikan keyakinan kepada PDRM yang meneruskan aktiviti-aktiviti kepolisan komuniti / community policing di negeri ini.
Sejajar dengan itu, kerjasama yang diberikan oleh pasukan RELA, JPAM serta agensi-agensi kerajaan yang lain dalam menguatkuasa tahap keselamatan dalam tadbir urus daerah dan dalam kawasan tadbir urus Ketua-ketua Polis Daerah menambah baik usaha menurunkan kadar jenayah.
Masyarakat yang prihatin sentiasa berkolaborasi dengan agensi-agensi penguatkuasaan khususnya PDRM akan memberikan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan mereka.
Baru-baru ini telah diadakan seminar keselamatan oleh pihak USM untuk melihat bagaimana PDRM akan berperanan dalam masa jangka waktu ke hadapan. Dengan berkeyakinan bahawa keselamatan adalah integrasi pihak berkuatkuasa dan masyarakat bagi menentukan masyarakat sentiasa dalam keadaan harmoni dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
Selain daripada itu ia dapat memupuk semangat kerjasama ini pastinya akan menzahirkan tahap keselamatan komprehensif meliputi keselamatan sosial dan ekonomi. Di samping itu, tindakan-tindakan drastik oleh PDRM sendiri telah melibatkan impak kepada masyarakat. Ops Cantas Khas dan operasi-operasi lain sewajarnya dilaksanakan bagi membanteras anasir-anasir mengganggu gugat keharmonian masyarakat.
PDRM telah berusaha membantu kes-kes jenayah melibatkan wanita dan kanak-kanak dengan mewujudkan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah sejak tahun 2007. Bahagian ini memainkan peranan seperti berikut :
a) menyiasat kes-kes keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan kes seksual;
b) membantu mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan Interim Protection Order (IPO) dengan bantuan JKM; dan
c) memastikan mangsa-mangsa keganasan rumah tangga tidak terus menjadi mangsa penderaan.
Selain dari itu PDRM juga telah menubuhkan Pusat Temuduga Kanak-kanak (Child Interview Center) yang bertanggungjawab merakamkan keterangan mangsa / saksi berumur di bawah 16 tahun.
Pusat ini diwujudkan sejak 2006 dengan tujuan menemuduga dan merakam keterangan kanak-kanak yang terlibat sebagai mangsa atau saksi dalam kejadian jenayah.
PDRM bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 yang tertakluk di bawah Seksyen 3 1 (c) di mana rakaman video boleh digunakan dalam merakam keterangan mangsa / saksi kanak-kanak untuk dikemukakan ke mahkamah sebagai direct oral evidence.
PDRM juga menubuhkan Pusat Sokongan Mangsa (Victim Care Center (VCC) ) bagi mengendalikan mangsa-mangsa jenayah yang traumatik terutamanya wanita dan kanak-kanak.
Sebuah rumah yang berkonsep victim friendly, VCC mempunyai suasana yang aman, harmoni dan taraputik untuk menempatkan mangsa dan ahli keluarga semasa proses penyiasatan bagi kes jenayah dijalankan.
Tujuan pewujudan VCC adalah memberi perkhidmatan sokongan sosial untuk menyenangkan emosi mangsa dan ahli keluarga semasa mangsa melalui sesi kaunseling, expressive terapi dan rundingcara. Di samping itu juga ia membantu pegawai penyiasat menenangkan emosi mangsa supaya dapat menyenangkan proses penyiasatan dengan menggunakan kaedah psikologi kaunseling.
Kumpulan sasaran VCC adalah mangsa dan ahli keluarga mangsa jenayah seperti kes keganasan rumahtangga, rogol, sumbang mahram, liwat, penderaan, kes melibatkan kanak-kanak dan kes-kes lain yang akan memberi kesan psikologi kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa.
VCC dikendalikan oleh seorang kaunselor berdaftar dan seorang penolong pegawai psikologi.
b) Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang dalam membantu kes-kes jenayah melibatkan wanita dan kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab bagi membantu mangsa penderaan bagi kanak-kanak dan wanita. JKM menggunakan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) dan Akta Kanak-Kanak 2001 dalam memberi bantuan dan perkhidmatan kepada mangsa-mangsa tersebut. Peranan Pegawai JKM dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) adalah seperti berikut :
a) membantu mangsa memfailkan permohonan bagi perintah perlindungan interim;
b) membantu menempatkan mangsa ke Tempat Selamat/ kediaman alternative/tempat berlindung (sekiranya diperlukan);
c) membantu mengiringi mangsa ke hospital/ tempat kemudahan perubatan bagi rawatan kecederaan (sekiranya diperlukan);
d) menjelaskan hak mendapatkan perlindungan terhadap keganasan rumahtangga ;
e) menemankan mangsa ke kediaman untuk mengambil barang kepunyaannya;
f) menyediakan tempat perlindungan (Tempat selamat);
g) memberi perkhidmatan kaunseling;
h) merujuk kepada agensi lain (Jika perlu);
i) menyediakan khidmat badan pendamai; dan
j) mempertimbangkan bantuan kewangan.
Pegawai JKM juga diwartakan sebagai pegawai pelindung melalui Akta Kanak-Kanak 2001 bagi membantu mangsa penderaan kanak-kanak. Pegawai Pelindung berperanan untuk menyelamatkan kanak-kanak, memberi pemeliharaan kepada kanak-kanak yang diselamatkan, melindungi kanak-kanak tersebut dan menjalankan sesi pemulihan kepada kanak-kanak bagi menghilangkan trauma mereka.