Jawapan
18. Kerajaan Negeri Pulau Pinang senantiasa menyanjung tinggi dan mendokong prinsip-prinsip demokrasi. Dewan Undangan Negeri akan terbubar secara automatik selepas lima tahun dari tarikh angkat sumpah ADUN. Yang di-Pertua Negeri boleh membubarkan Dewan atas nasihat Ketua Menteri dalam menentukan tarikh pembubaran yang sesuai sekiranya tarikh pembubaran tersebut dibuat lebih awal. Banyak faktor perlu diperhalusi sebelum Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan seperti pembubaran Dewan Rakyat dan pembubaran dewan-dewan undangan negeri di Malaysia. Apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan suatu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dewan dibubarkan. Pilihanraya ini akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Bagi memudahkan urusan pilihanraya dan menjimatkan kos pengurusan, maka kebiasaanya pilihanraya diadakan serentak di seluruh negara.