Jawapan
11. Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengagihkan peruntukan ADUN berasaskan bilangan pengundi, keluasan, pentadbiran dan perbandaran.
Peruntukan KADUN yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada ADUN Kerajaan adalah bagi tujuan pembiayaan pelaksanaan projek-projek kecil dan segera dalam sesuatu KADUN sahaja. Di samping peruntukan KADUN, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan cara langsung kepada jabatan-jabatan untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dirancang. Terdapat berbagai-bagai jenis projek dengan sifat yang berbeza-beza seperti projek pertanian, industri, pelancongan, sosial, infrastruktur dan lain-lain yang merentasi persempadanan KADUN yang diperlukan untuk memperolehi faedah dan mencapai objektif-objektif pembangunan yang dikehendaki oleh Negeri. Kerajaan Negeri juga membuat perancangan yang teratur dengan penggunaan sumber-sumber yang terhad bagi memaksimumkan pencapaian objektif pembangunan di samping menilai kejayaan dan keberkesanan sesuatu projek kepada rakyat. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk memberi peruntukan KADUN kepada ADUN pembangkang tetapi telah ditolak.