Jawapan
(i) Ahli-Ahli Lembaga InvestPenang adalah seperti berikut:
(1) YAB. Lim Guan Eng
Ketua Menteri
(2) YB. Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon
Timbalan Ketua Menteri I
(3) YB. Prof Dr Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri II
(4) YB. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim
EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang
(5) YB. Dato’ Haji Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
(6) YB. Dato’ Hj Mokhtar bin Mohd Jait
Pegawai Kewangan Negeri
(7) YB. Tuan Phee Boon Poh
EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang
(8) YB. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady
ADUN Bagan Dalam
(9) YB. Dato’ Mansor b Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal
(10) YB. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun
Ahli Parlimen Jelutong
(11) YB. Tuan Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru
(12) YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee
(13) Y.Bhg Dato’ Lee Kah Choon
(14) Y.Bhg Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain
(15) Tuan Koay Teng Hai
(16) YM Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim
(ii) Aktiviti promosi yang dijalankan bagi tahun 2012/2013 adalah seperti berikut:
(a) merancang dan mengadakan misi ke luar negara dan mensasarkan pelaburan strategik dan bernilai tinggi untuk dibawa masuk ke Pulau Pinang;
(b) mengikuti misi-misi pelaburan bersama pihak MIDA ke luar negara;
(c) mengadakan sesi dialog dan persidangan kepada delegasi dari dalam dan luar negara serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan;
(d) mengekalkan dan menarik bekalan tenaga mahir di dalam dan luar negara untuk bekerja di Pulau Pinang;
(e) membantu membangunkan IKS di Pulau Pinang yang penting dalam menyokong syarikat-syarikat MNC dan mengukuhkan rantaian bekalan di Pulau Pinang;
(f) Invest Penang juga sentiasa menjalinkan dan menjaga hubungan baik dengan pelabur-pelabur sedia selain memberi tumpuan kepada pelabur-pelabur baru bagi menggalakkan pelaburan semula (re-investment) ke Negeri Pulau Pinang;
(g) mempromosikan Pulau Pinang dalam usaha menarik pelaburan semula termasuk menyediakan platform bagi pelabur-pelabur untuk menyuarakan masalah dan pendapat melalui sesi dialog bagi memastikan pelabur pelabur selesa sepanjang tempoh berada di Pulau Pinang;
(h) mempromosikan Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelaburan work, live and play kepada para pelabur baru dan pelabur sedia ada.
(iii) Sehingga bulan Ogos 2013, jumlah pelaburan yang berjaya di bawa masuk ke Pulau Pinang bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM2.1 billion. Daripada jumlah tersebut, pelaburan baru adalah sebanyak RM863 juta dan pelaburan semula sebanyak RM1.2 billion.
(iv) Imbuhan kepada Pengarah (Ahli Lembaga):
Ahli Lembaga Pengarah Invest Penang Berhad tidak menerima sebarang bayaran atau imbuhan daripada syarikat melainkan pembayaran balik berkaitan dengan pendahuluan yang dibuat oleh mereka mengenai tuntutan pengangkutan dan penginapan semasa penyertaan rasmi dalam misi pelaburan ke luar negara.
(v) Imbuhan kepada CEO
Invest Penang Berhad hanya diketuai oleh seorang Pengurus Besar dengan dibayar imbuhan seperti berikut:
(i) Elaun Perkhidmatan - RM2,000.00
(ii) Elaun Petrol Kereta - RM 350.00 sebulan
(iii) Elaun telefon Bimbit - Mengikut billing sebenar