MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Nyatakan sama ada masih wujud penduduk miskin tegar di Negeri Pulau Pinang. (a) Jika ya, nyatakan bilangan dan pecahan mengikut daerah, jantina dan kaum. (b) Apakah pekerjaan mereka dan jumlah pendapatan yang mampu dijana sebulan. (c) Bentuk bantuan yang disalurkan dan adakah ia cukup menampung perbelanjaan bulanan.
Dun -
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Masalah Penduduk

Jawapan
a) Tiada miskin tegar di Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang adalah negeri pertama yang mencapai sifar miskin tegar. ada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah mengumumkan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar yang dikuat kuasakan mulai bulan Mac 2009. Penerima bantuan kewangan bulanan Kerajaan Negeri adalah kelompok keluarga miskin tegar yang dikenal pasti berdasarkan penarafan Kerajaan Negeri dengan menggunakan PGK RM500.00 sekeluarga Mac 2009 hingga Mac 2012), PGK RM600.00 sekeluarga bermula April 2012) dengan perkapita RM120.00 dan PGK RM770.00 sekeluarga dengan perkapita RM220.00 (bermula Januari 2013).

b) Golongan miskin tegar kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, petani, mengambil upah dan ada yang tidak bekerja disebabkan faktor kesihatan. Jumlah pendapatan yang mampu dijana sebulan adalah tidak menentu dan kebanyakannya di bawah PGK RM770.00 sekeluarga.
c) Bentuk bantuan yang disalurkan adalah bantuan kewangan tambahan (top up) untuk mencapai PGK RM770.00 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui program ini adalah supaya mereka yang dikenal pasti keluar daripada kelompok miskin dan terkeluar dari garis kemiskinan tegar.

Selain daripada pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri (BKKN) di dalam bentuk kewangan, Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah juga mempertimbangkan bantuan-bantuan lain melalui agensi-agensi berkaitan seperti berikut :

(i). Bantuan pembinaan atau pembaikkan rumah.

(ii). Bantuan peralatan untuk meningkatkan pendapatan.

(iii). Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti Bantuan Am, Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Pesakit Telantar.

(iv). “Job matching” melalui Jabatan Tenaga Kerja.

(v). Bantuan melalui Zakat Pulau Pinang seperti bantuan kewangan dan makanan.

(vi). Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) melalui Pejabat Pelajaran Daerah.
Kembali