MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai rancangan untuk mewujudkan ADUN Muda Negeri Pulau Pinang seperti di Parlimen dan juga di Negeri Selangor? Sekiranya ada, apakah pelan tindakan yang dirancang? Sekiranya tidak, kenapa?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara ADUN

Jawapan
Kerajaan Negeri sedar usaha bagi mendidik dan mendedahkan generasi muda terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai rakyat yang peka terhadap isu semasa dan mengetahui hak asasi amat penting. Perkara ini penting bagi melahirkan generasi yang berfikiran terbuka, analitik dan matang dalam membuat keputusan. Dewan Undangan Negeri telah mengadakan sesi Persidangan Parlimen Muda bagi tahun 2012 pada 12 sehingga 14 Oktober 2012. Seramai 32 ahli Parlimen Muda yang berumur 25 tahun ke bawah menghadiri persidangan tersebut. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri tiada perancangan yang khusus terhadap Program Parlimen Muda ini, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan program sebegini diteruskan dari masa ke semasa.
Kembali