MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Apakah kreteria serta syarat kelayakan pelantikan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)? (i) Adakah mereka ini competen dari segi membuat ulasan dan komen ? (ii) Adakah Ahli Majlis MPPP dan MPSP ini sebagai pembuat keputusan atau setakat mana had kuasa mereka? (iii) Apakah fungsi dan peranan Ahli Majlis MPPP dan MPSP?
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 menerangkan bahawa: "Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dilantik dari antara orang-orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang-orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah memperolehi kejayaan terpuji dalam sesuatu profesyen, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan kaum-kaum mereka dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu."

Bagi tujuan pelantikan Ahli Majlis kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) juga telah bersetuju dengan kriteria tambahan seperti berikut:

a) Pegawai kerajaan tidak boleh dilantik menjadi Ahli Majlis kecuali mereka yang dilantik atas jawatan. Ini termasuk pegawai- pegawai yang bekerja dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkanun.

b) Bekas pegawai kerajaan hendaklah mereka yang bebas dari sebarang tindakan disiplin dan tatatertib hukuman berat.

c) Calon mesti bersih selepas tapisan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

i) Selaras dengan Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan kesemua Ahli Majlis MPPP dan MPSP yang dilantik oleh Kerajaan Negeri adalah orang-orang kompeten dalam membuat ulasan dan komen yang berkaitan dengan tugas di bawah Kerajaan Tempatan.

ii) Ahli Majlis merupakan pembuat dasar di peringkat Kerajaan Tempatan. Kuasa Ahli Majlis adalah tertakluk kepada Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Mengikut Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), had kuasa Ahli Majlis adalah mereka hanya dibolehkan membuat keputusan secara kolektif atau berkumpulan di dalam mesyuarat Jawatankuasa yang dianggotai seperti yang dibenarkan oleh Akta 171. Had kuasa Ahli Majlis juga dinyatakan di dalam Sekyen 35 Akta 171 seperti berikut, ‘Tiada seorang Ahli Majlis boleh dengan sendirinya atau melalui pekongsi atau ejennya bertindak atas apa-apa sifat profesional bagi atau terhadap Pihak Berkuasa Tempatan yang dia adalah seorang Ahli Majlisnya’.

iii) Peranan seorang Ahli Majlis adalah luas. Selain daripada mewakili orang awam dan masyarakat tempatan, beliau juga adalah perantaraan di antara masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagai seorang ahli jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis, beliau bertanggungjawab untuk menetapkan dasar bagi PBT dan dasar ini hendaklah selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri serta menepati kehendak rakyat. Seorang Ahli Majlis juga perlu mempertahankan dasar-dasar yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Seksyen 16(4) Akta Kerajaan Tempatan, pihak berkuasa yang melantik hendaklah terdiri daripada Yang DiPertua atau wakilnya yang mana hendaklah seorang Ahli Majlis, Setiausaha dan seorang lagi Ahli Majlis yang dilantik oleh Yang DiPertua dari semasa ke semasa yang mana mempunyai kuasa untuk melantik orang-orang ke jawatan- jawatan yang ditunjukkan di dalam anggaran belanjawan dan juga mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan.

a) Dengan syarat bahawa penurunan pangkat atau pembuangan seorang Ketua Jabatan atau Timbalannya dari jawatannya tidak boleh berkuatkuasa sehingga penurunan pangkat atau pembuangan itu telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(b) Dengan syarat bahawa tiada seorang pegawai atau kakitangan boleh diturunkan pangkat atau dibuang tanpa diberi peluang yang berpatutan untuk didengar. Ahli Majlis mempunyai kuasa meminta Yang DiPertua mengadakan satu mesyuarat khas dalam masa 14 hari dengan syarat permohonan dibuat secara bertulis dan mendapat sokongan satu pertiga Ahli Majlis. Seorang Ahli Majlis boleh dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat jika Yang DiPertua atau Timbalan Yang DiPertua tidak hadir. Melaksanakan tugas-tugas yang ditentukan dalam terma terma rujukan perlantikan jawatankuasa atau task force.

Kembali