Jawapan
28. Sejak pengambilalihan pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan pada tahun 2009, pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengambil pelbagai langkah untuk memulihkan kembali Stadium negeri Batu Kawan dan membangunkan kembali penggunaan stadium.
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan-persatuan Sukan, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan telah pun menganjurkan beberapa program untuk menjadikan Stadium Negeri Batu Kawan sebagai Stadium Komuniti seperti program“ Pi Batu Kawan – Karnival Buah-buahan dan Makanan 2009â€, Liga Bola sepak Piala Malaysia, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang, Astro Ceria dan sesi latihan skuad SUKMA untuk acara balapan dan sukan silambam.
Kerajaan Negeri juga menjadikan perkarangan Stadium Negeri Batu Kawan sebagai pusat sukan permotoran sama ada secara mingguan, bulanan atau tahunan. Acara-acara sukan bermotor yang telah dikenal pasti ialah Kejuaraan Cup Prix Malaysia AAM Petronas, Pertandingan Kereta Radio kawalan Jauh, Pertandingan Pocket Bike, Pertandingan Go Kart, Demonstrasi Helikopter Kawalan Jauh, Pertandingan Layang-layang dan Demonstrasi Drif.
Ada diantara program-program yang dijalankan ini juga telah dijadikan program tahunan yang diketengahkan ke dalam “Penang Calender of Events – Penang Participative Sports†di mana Stadium Negeri Batu Kawan telah menjadi venue utama kepada penganjuran program-program sukan berbentuk penyertaan komuniti sejak tahun 2009 sehingga 2013 kini.
Stadium Batu Kawan telah dan sedang digunakan untuk tujuan menjalankan aktiviti sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi.
Stadium Batu Kawan telah digunakan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk melatih atlet-atlet olahraga negeri. Stadium ini juga telah digunakan oleh sekolah-sekolah berhampiran untuk menganjurkan kejohanan olahraga tahunan masing-masing. Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dan Pasukan Bola Sepak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd juga telah menggunakan stadium ini sebagai venue utama untuk mengadakan perlawanan bola sepak Liga Super, Piala Malaysia, Piala Belia dan lain-lain perlawanan persahabatan bersama dengan persatuan bola sepak yang bernaung dibawah Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Di samping itu, persekitaran stadium juga digunakan sebagai trek perlumbaan motosikal seperti Cup Prix dan lain-lain aktiviti sukan bermotor.
Di antara cadangan untuk mempertingkatkan penggunaan Stadium Batu Kawan adalah seperti berikut:-
(i) Membina gelanggang untuk lain-lain sukan seperti gelanggang tenis, futsal, bola keranjang dan lain-lain sukan yang sesuai.
(ii) Membina Asrama Sukan.
(iii) Menempatkan ruang pejabat kepada semua Persatuan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Dengan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan seperti di atas, maka aktiviti sukan akan menjadi lebih meriah. Orang ramai dapat menggunakan kemudahan ini untuk beriadah dan atlet prestasi tinggi juga boleh menjalankan latihan berterusan sekiranya terdapat asrama berhampiran dengan gelanggang.
Selaras dengan program serta promosi yang dijalankan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, penggunaan Stadium Batu Kawan telah menunjukkan peningkatan penggunaannya yang mana stadium ini telah ditempah dan digunakan hampir setiap hari untuk perlawanan bolasepak yang merangkumi sebanyak 90% penggunaannya, 5% untuk kejohanan sukan sekolah, dan 5% untuk penggunaan tapak letak kenderaan.
Kos penyelenggaran Stadium Batu Kawan adalah seperti di Lampiran.