Jawapan
30. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan kutipan sampah dari setiap rumah kediaman (landed property) termasuk kawasan kampung dan taman perumahan. Di samping itu MPPP menguatkuasakan Undang-undang Kecil Kebersihan dan Keselamatan Awam MPPP yang memperuntukkan bahawa pemilik atau penghuni premis adalah bertanggungjawab untuk menyediakan tong sampah yang bersesuaian.
Bajet yang diperuntukan oleh MPPP bagi menyelenggara sejumlah lebih kurang 541 tong tersebut adalah seperti berikut :-
TAHUN
PERUNTUKAN
2009
RM16,000.00
2010
RM19,400.00
2011
RM10,000.00
2012
RM61,960.00
2013
RM65,000.00
2014
RM86,400.00
Selain daripada itu, MPPP juga menyediakan tong-tong sampah komunal (HDPE 660 L) di kawasan-kawasan tertentu yang terdapat masalah akses laluan termasuk pasar dan kompleks serta tapak penjaja.
Manakala bajet bagi kawasan MPSP untuk penyelenggaraan tong sampah komunal adalah seperti berikut :
TAHUN
BEKALAN/ PENGGANTIAN
PEMBAIKAN
2009
RM700,000.00
RM10,000.00
2010
RM802,105.00
RM25,000.00
2009
RM700,000.00
RM10,000.00
2010
RM802,105.00
RM25,000.00
2011
RM700,000.00
-
2012
RM500,000.00
RM100,000.00
2013
RM600,000.00
RM150,000.00
Tong sampah komunal sangat diperlukan oleh orang ramai khususnya penduduk kampung, namun sukar ditentukan lokasi yang sesuai kerana pelbagai halangan/masalah.
Kaedah semasa yang digunakan untuk memilih tempat lokasi yang sesuai bagi tong sampah komunal adalah dengan membuat lawatan tapak/perbincangan dengan pihak JKKK/RA dan Ahli Majlis kawasan.
Bagi kawasan perumahan kutipan sampah dilakukan dari rumah ke rumah, manakala bagi kawasan pembangunan strata yang diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan, lokasi pusat pengumpulan sampah adalah seperti yang terdapat dalam pelan kebenaran merancang yang diluluskan.