MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Senaraikan semua Government Linked Companies (GLC) di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan senarai nama Pengarah Eksekutif dan gaji bulanan mereka. a) Berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan dan keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menampung overhead expenses bagi setiap GLC bagi tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Government Linked Companies (GLC)

Jawapan
Syarikat GLC di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang ialah PBA Holdings Berhad (PBAHB) yang merupakan sebuah syarikat persendirian yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Senarai Ahli Lembaga Pengarah PBAHB adalah seperti berikut:-

(i) YAB. Tuan Lim Guan Eng - Pengerusi
(ii) YB. Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon – Timbalan Pengerusi
(iii) YB. Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy – Ahli Lembaga Pengarah
(iv) YB. Dato’ Farizan bin Darus – Ahli Lembaga Pengarah
(v) YB. Tuan Chow Kon Yeow – Ahli Lembaga Pengarah
(vi) YB. Tuan Lim Hock Seng – Ahli Lembaga Pengarah
(vii) YB. Dato’ Haji Abdul Malik B. Abul Kassim – Ahli Lembaga Pengarah
(viii) YB. Dato‘ Mokhtar Bin Mohd Jait – Ahli Lembaga Pengarah
(ix) Tuan Haji Mohamad Bin Sabu – Ahli Lembaga Pengarah
(x) Y.Bhg. Dato’ Chew Kong Seng – Ahli Lembaga Pengarah Bebas
(xi) Y.Bhg. Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza – Ahli Lembaga Pengarah Bebas
(xii) Y.Bhg. Dato’ Seri Nazir Ariff Bin Mushir Ariff – Ahli Lembaga Pengarah Bebas
(xiii) Y.Bhg. Dato‘ Athi Isvar Athi Nahappan – Ahli Lembaga Pengarah Bebas
(xiv) Ms. Agatha Foo Tet Sin – Ahli Lembaga Pengarah Bebas

Jumlah elaun yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah PBAHB adalah seperti berikut:

Jenis Elaun
Pengerusi
Ahli Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
Elaun Tetap
RM500
RM500
RM1,500
Elaun Luar Negeri
Tiada
Tiada
RM1,500
Elaun Mesyuarat
RM300
RM300
RM300

* Elaun-elaun ini tidak ada perubahan sejak diberikan dalam tahun 1999.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) adalah merupakan sebuah anak syarikat di bawah PBA Holdings Berhad (PBAHB) di mana membekalkan perkhidmatan air ke seluruh Negeri Pulau Pinang.

Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP:

(i) YAB. Tuan Lim Guan Eng – Pengerusi
(ii) YB. Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon - T.Pengerusi
(iii) YB. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy – Ahli Lembaga Pengarah
(iv) YB. Dato’ Farizan bin Darus – Ahli Lembaga Pengarah
(v) YB. Tuan Lim Hock Seng – Ahli Lembaga Pengarah
(vi) YB. Dato’ Mokhtar Bin Mohd Jait – Ahli Lembaga Pengarah
(vii) YB. Tuan Lau Keng Ee – Ahli Lembaga Pengarah
(viii) YB. Tuan Ng Wei Aik – Ahli Lembaga Pengarah
(ix) YB. Tuan Sim Tze Tzin – Ahli Lembaga Pengarah
(x) YB. Tuan Teh Yee Cheu – Ahli Lembaga Pengarah

Semua Ahli Lembaga Pengarah PBAPP tidak diberikan gaji bulanan namun elaun yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah PBAPP:

Jenis Elaun
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
Elaun Tetap
RM3,000
RM1,500
RM1,000
Elaun Mesyuarat
RM300
RM300
RM300

(i) PBAPP adalah syarikat yang bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan bekalan air ke seluruh Negeri Pulau Pinang.

(ii) PBAPP telah mencapai liputan bekalan air ke kawasan bandar sebanyak 100% dan kawasan luar bandar 99.7%.

(iii) Pencapaian kadar NRW terendah di seluruh negara iaitu 17.6%.

(iv) Merekodkan kecekapan kutipan (collection efficiency) 92.4%.

(v) PBAPP telah memenangi Anugerah Industri Kementerian Tenaga. Teknologi Hijau & Air Malaysia (keTTHA) 2013 untuk kategori Efficiency Award & Water Services Operator Of The Year pada 21.11.2013.


Untuk maklumat lengkap mengenai anak-anak syarikat PBAHB, pegangan saham, Ahli Lembaga Pengarah, elaun Ahli Lembaga Pengarah dan fungsi dan peranan syarikat-syarikat, sila rujuk Lampiran A (Soalan Dun 371 & 319).

a) Kepentingan Kerajaan Negeri di dalam PBAHB dan PBAPP adalah kerana Kerajaan Negeri merupakan pemegang syer terbesar. Kerajaan Negeri tidak terlibat di dalam menampung kos syarikat termasuk kos overhead manakala hasil keuntungan yang diperolehi oleh PBAHB adalah sebanyak RM10juta setiap tahun.

Kembali