MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Berapakah jumlah peruntukan serta peratusan dalam jumlah belanjawan tahunan yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam pengurusan sisa pepejal bagi tahun 2010, 2011, 2012, 2013? Apakah rancangan lima tahun yang diambil oleh MPSP dan MPPP untuk pengurusan sisa pepejal?
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Peruntukan Kerajaan

Jawapan
20. (A). MPPP

Peruntukan untuk perbelanjaan bagi pengurusan sisa pepejal oleh MPPP untuk tempoh 2008 - 2012 adalah seperti berikut :

Tahun
Kos Perbelanjaan

(RM)
Peratus Dalam Jumlah Belanjawan
(RM)
2010
RM34,276,655
43.77
2011
RM35,837,212.45
48.43
2012
RM40,049,925.73
54.8
2013
RM91,068,400.00 (anggaran)
43.1

Kos ini melibatkan perbelanjaan untuk perkhidmatan pungutan MPPP dan kontrak pungutan sampah bagi kawasan selainnya, kontrak pemindahan sampah, kontrak tapak pelupusan sampah, perbelanjaan emolumen dan perbelanjaan modal serta operasi kenderaan termasuk kemudahan tong sampah.


Kos perbelanjaan bagi pembersihan awam untuk tempoh 2008 - 2012 adalah seperti berikut :

Tahun
Kos Perbelanjaan

(RM)
2008
RM37,452,852.35
2009
RM31,464,796.36
2010
RM29,618,782.40
2011
RM27,333,953.65
2012
RM33,559,835.82

Kos ini melibatkan perbelanjaan untuk perkhidmatan pembersihan yang diuruskan oleh MPPP dan yang dikontrakkan. Sebahagian kawasan pembersihan jalan dan parit yang dikontrakkan, kontrak pembersihan pantai dan laut serta kos menaik taraf/menyelenggara tandas awam, perbelanjaan emolumen dan perbelanjaan modal serta operasi jentera pembersihan termasuk kemudahan peralatan.

Rancangan jangka pendek dan jangka panjang di dalam memantapkan sistem pengurusan sisa pepejal adalah di ambil pelan tindakan seperti berikut :-

Rancangan Pengurusan Sisa Pepejal

(a) Sistem Pungutan Dan Mengangkut Sampah

(i) Melaksanakan pengurusan sistem pungutan sampah secara hybrid mengikut kawasan secara berperingkat-berperingkat yang dikendalikan oleh MPPP. Perancangan dan pelaksanaan dalam tempoh lima (5) tahun pertama adalah melibatkan kawasan perkhidmatan dan kos perbelanjaan modal kenderaan (capex) seperti berikut :

Kawasan Perkhidmatan Perbelanjaan Modal Kenderaan (CAPEX) Catitan Balik Pulau RM1,944,500. Pelaksanaan mulai 2013.

(ii). Batu Maung - Bayan Lepas - Bayan Baru RM6,500,000. Cadangan pelaksanaan mulai 2015

Melaksanakan pengurusan sistem pungutan sampah bagi kawasan perkhidmatan yang selainnya yang dikendalikan secara penswastaan. Perancangan dan pelaksanaannya bagi tempoh lima (5) tahun akan datang mulai tahun 2015.

Kawasan yang diswastakan ini akan dikaji aspek perubahan seperti berikut:

(a). Keperluan pensempadanan semula kawasan untuk menentukan sesebuah skim perkhidmatan.

(b). Cadangan penambahbaikan kepada sistem dan piawaian perkhidmatan.

(c). Membangunkan portal mengenai pemberitahuan tentang perkhidmatan.

(iii). Melesenkan pengusaha perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pengusaha barangan lusuh.

(iv). Menguatkuasakan pemasangan Global Positioning System (GPS) secara menyeluruh bagi pembekal perkhidmatan pungutan sampah yang di uruskan oleh MPPP dan syarikat swasta termasuk pengusaha barangan lusuh.

(v). Mengurangkan pewujudan longgokan sisa pepejal yang dilupuskan dengan menyalahi undang-undang dan penubuhan skuad pemantauan anggota penguatkuasa.

(vi). Mempertingkatkan mutu khidmat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal, berpandukan kerangka Pelan Induk Pembersihan yang digunakan sebagai panduan bagi merancang dan mengawal aktiviti kebersihan mengikut kawasan fokus yang akan dijalankan secara berperingkat dengan mengambil tindakan bersepadu serta membasmi kawasan longgokan sampah. Kawasan-kawasan fokus yang terlibat dalam perancangan tersebut adalah seperti berikut :-

Heritage Enclave

Pengkalan Weld termasuk Lebuh Macallum

Jalan Macalister

Gurney Drive, Bukit Jambul, Queensbay, Bayan Mutiara, Bayan Baru

Jalan Utama, Hospital, Kediaman TYT, Kompleks Masyarakat Penyayang

Tempat tumpuan Pelancong

Persisiran Pantai

(b). Sistem Pemindahan Sampah

(i). Meningkatkan kapasiti kenderaan dan kemudahan serta loji rawatan di Stesyen Pemindahan Sampah Ampang Jajar yang telah dilaksanakan pada tahun 2013.

(ii). Perancangan untuk membangunkan Stesyen Pemindahan Sampah Batu Maung yang berasaskan kepada Containerised Transfer By Barge System dengan menggunakan kaedah pengangkutan laut bagi pengendalian semua jenis sampah termasuk sampah domestik dan komersial, sisa binaan, marine clay. Sistem ini turut menyediakan Material Recovery Facility (MRF).

(c). Sistem Pelupusan Sampah

(i). Pemantapan sistem dan teknologi pengurusan sisa pepejal seperti pengurusan dan penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burong (Sanitary Landfill Level IV) melalui rancangan penyediaan kemudahan rawatan leachate (mobile leachate treatment plant), ecopark, material recovery facility, dan refuse derived fuel secara berperingkat.

(ii). Perancangan untuk land mining dan rehabilitation Tapak Pelupusan Sampah Jelutong termasuk perancangan jangka pendek untuk pengurusan sisa binaan dan sampah pukal / kebun.

Rancangan Pengurangan Sisa Pepejal

(a). Merealisasikan usaha Kerajaan Negeri di dalam memperkukuhkan undang-undang dan peraturan serta garis panduan seragam yang berkaitan dengan sistem pengurangan sisa pepejal untuk sisa makanan, sisa binaan, sampah pukal dan sampah kebun dan sebagainya.

(b). Membangunkan dan memperluaskan model dan mekanisma pengurangan sisa pepejal yang berasaskan kepada budaya pengasingan sisa di peringkat punca yang berasaskan kepada prinsip 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Rethink and Reinvent) berserta dengan syarat kegunaan teknologi yang bersesuaian seperti berikut :-

(i). Program Pengurangan Sisa Makanan yang melibatkan komuniti peniaga pasar, sekolah, pengurusan bangunan kediaman bertingkat tinggi, kompleks makanan, restoran, hotel dan hospital serta pasaraya melalui kaedah decentralize seggregation at source.

(ii). Projek Ewaste Collection, Segregation and Transportation from Households Recycling yang dibangunkan bersama Jabatan Alam Sekitar dan Japan International Cooperation Agency berasaskan kepada penglibatan komuniti peniaga barangan elektronik dan elektrik dan syarikat Full Recovery Facility.



(iii). Program Pewujudan Pusat Sumber Alam Sekitar / Pusat Pengasingan Sisa Komuniti yang berperanan untuk merialisasikan pelbagai program yang berbentuk kesedaran dan penglibatan masyarakat tentang pemuliharaan alam sekitar.

Cadangan memperkukuhkan Pusat Sumber Alam Sekitar adalah seperti berikut:

(i). Menggunakan dewan atau tapak bersesuaian sebagai tempat pengumpulan barangan kitar semula di setiap komuniti dengan mengaktifkan jawatankuasa setempat.

(ii). Memperluaskan penglibatan program kitar semula dengan mensyaratkan penubuhan jawatankuasa kitar semula di setiap organisasi, agensi kerajaan, pusat perniagaan, pasar dan kawasan perumahan.

(iii). Mewujudkan pusat sumber pendidikan alam sekitar di Stesyen Pemindahan Sampah atau Tapak Pelupusan Sampah.

(iv). Menggalak masyarkat setempat untuk menjadi tenaga sukarelawan alam alam sekitar daripada komuniti penduduk, sektor restoran, sektor kilang, sektor sekolah dan sebagainya secara self initiative.

(v). Program Pengurangan Sisa Sifar bagi komuniti sekolah melalui program seperti Anugerah Sekolah Hijau dan sebagainya.

(vi). Projek Perintis Pengasingan Sisa Kebun dengan menggunakan groundswell composting process.

(c). Menambah baik penglibatan komuniti berterusan di peringkat sekolah, penduduk, badan pengurusan dan pengusaha/agen kitar semula. Melaksanakan program di bawah Majlis Perunding Komuniti yang bertindak sebagai platform ke arah Negeri Hijau dengan penglibatan ADUN, Ahli majlis, Persatuan Penduduk, NGO's dan swasta melalui program komuniti Cleaner, Greener Penang.

(d). Menguatkuasakan pendaftaran melalui pengeluaran permit terhadap organisasi atau pertubuhan bukan kerajaan dan institusi serta badan sukarela yang melaksanakan perkhidmatan kitar semula.

(B). MPSP

Menyediakan Perancangan lima tahun untuk pengurusan sisa pepejal di Seberang Perai adalah seperti berikut :

(i) Mengambil alih sepenuhnya (100%) kerja-kerja Perkhidmatan Pelupusan Sampah (PPS) dan Kerja Pembersihan Awam (KPA).

(ii). Memastikan pengurusan Transfer Station di Ampang Jajar berjalan lancar.

(iii). Menaiktaraf Tapak Pelupusan di Pulau Burung dari Sanitary Landfill Level III kepada Level IV dengan membina loji rawatan leacheate.

(iv). Memanjangkan hayat Tapak Pelupusan Pulau Burung dengn membina fasiliti Material Recovery Facility (MRF) di Tapak Pulau Burung untuk memastikan supaya barangan yang boleh di kitar semula tidak dibuang ke tapak pelupusan.

(v). Mewujudkan dasar Polluters Pay Policy dengan mengenakan caj pelupusan sisa industri dan perdagangan di Tapak Pelupusan Pulau Burung.

(vi). Mempergiatkan konsep Low Carbon City melalui penggunaan semula sisa organik untuk dijadikan kompos, biogas atau menjana elektrik.

(vii). Memperkenalkan dasar pengagihan di punca.

Jumlah peruntukan serta peratusan jumlah belanjawan tahunan yang digunakan oleh MPSP dalam pengurusan sisa pepejal bagi tahun 2010 sehingga 2013 adalah seperti di Lampiran.
Kembali