MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Apakah rancangan jangka masa panjang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam menangani masalah banjir di KADUN Machang Bubuk? Dengan pembangunan perumahan yang pesat di sekitar Alma, keperluan kolam takungan air yang besar diperlukan. Apakah status pelaksanaan kolam takungan air yang dicadangkan oleh JPS di Kawasan Alma?
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Bencana Alam

Jawapan
21. Rancangan jangka masa panjang JPS dalam menangani masalah banjir di KADUN Machang Bubuk adalah seperti berikut:

1. Pelaksanaan projek membina kolam-kolam takungan banjir di Lembangan Sungai Junjong;

2. Pelaksanaan Projek RTB Sungai Junjung; dan

3. Projek Pembinaan Sebuah Saluran Pintasan (Bypass Channel) Di Permatang Tinggi.

Perlaksanaan kolam takungan banjir Alma akan dilaksanakan apabila proses pengambilan balik tanah seluas kira-kira 8.7 hektar selesai dilaksanakan.
Kembali