MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Sila senaraikan semua Government Linked Companies (GLC) yang telah ditubuhkan sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. a) Senaraikan semua ahli-ahli lembaga, pegawai-pengawai eksekutif, pegawai-pegawai pengurusan dan gaji bulanan mereka.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Government Linked Companies (GLC)

Jawapan
13. (a) PBA Holdings Berhad (PBAHB) yang merupakan sebuah syarikat persendirian yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui State Secretary Incorporated (SSI) mempunyai pegangan saham sebanyak 55%.

Senarai Ahli Lembaga Pengarah PBAHB adalah seperti berikut:

Bil.
Nama
Jawatan
1
YAB Tuan Lim Guan Eng
Pengerusi
2
YB Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon
Timbalan Pengerusi
3
YB Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Ahli Lembaga Pengarah
4
YB. Dato' Farizan bin Darus
Ahli Lembaga Pengarah
5
YB. Tuan Chow Kon Yeow
Ahli Lembaga Pengarah
6
YB. Tuan Lim Hock Seng
Ahli Lembaga Pengarah
7
YB. Dato' Haji Abdul Malik B. Abul Kassim
Ahli Lembaga Pengarah
8
YB. Dato' Mokhtar Bin Mohd Jait
Ahli Lembaga Pengarah
9
Tuan Haji Mohamad Bin Sabu
Ahli Lembaga Pengarah
10
Y. Bhg. Dato' Chew Kong Seng
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
11
Y. Bhg. Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
12
Y. Bhg. Dato' Seri Nazir Ariff Bin Mushir Ariff
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
13
Y. Bhg. Dato' Athi Isvar Athi Nahappan
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
14
Ms. Agatha Foo Tet Sin
Ahli Lembaga Pengarah Bebas


Jumlah elaun yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah PBAHB adalah seperti berikut:

Jenis Elaun
Pengerusi
Ahli Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
Elaun Tetap
RM500
RM500
RM500
Elaun Luar Negeri
Tiada
Tiada
RM1,500
Elaun Mesyuarat
RM300
RM300
RM300

Elaun-elaun ini tidak ada perubahan sejak diberikan dalam tahun 1999.

(b). Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) adalah merupakan sebuah anak syarikat di bawah PBA Holdings Berhad (PBAHB) di mana membekalkan perkhidmatan air ke seluruh negeri Pulau Pinang.

Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP:

Bil.
Nama
Jawatan
1
YAB Tuan Lim Guan Eng
Pengerusi
2
YB Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon
Timbalan Pengerusi
3
YB Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy
Ahli Lembaga Pengarah
4
YB. Dato' Farizan bin Darus
Ahli Lembaga Pengarah
5
YB. Tuan Lim Hock Seng
Ahli Lembaga Pengarah
6
YB. Dato' Mokhtar Bin Mohd Jait
Ahli Lembaga Pengarah
7
YB. Tuan Lau Keng Ee
Ahli Lembaga Pengarah
8
YB. Tuan Ng Wei Aik
Ahli Lembaga Pengarah
9
YB. Tuan Sim Tze Tzin
Ahli Lembaga Pengarah
10
YB. Tuan Teh Yee Cheu
Ahli Lembaga Pengarah

Jumlah elaun yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah PBAPP adalah seperti berikut:

Jenis Elaun
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Ahli Lembaga Pengarah Bebas
Elaun Tetap
RM3,000
RM1,500
RM1,000
Elaun Mesyuarat
RM300
RM300
RM300


(c) Fungsi, Peranan dan Kejayaan PBAPP adalah seperti berikut:

(i) PBAPP adalah syarikat yang bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan bekalan air ke seluruh negeri Pulau Pinang.

(ii) PBAPP telah mencapai liputan bekalan air ke kawasan bandar sebanyak 100% dan kawasan luar bandar 99.7%.

(iii) Pencapaian kadar NRW terendah di seluruh negara iaitu 17.6%

(iv) Merekodkan kecekapan kutipan (collection efficiency) 92.4%.

(v) PBAPP telah memenangi Anugerah Industri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air Malaysia (KeTTHA) 2013 untuk kategori Efficiency Award & Water Services Operator of the Year pada 21.11.2013.

Untuk maklumat lengkap mengenai anak-anak syarikat PBAHB, pegangan saham, Ahli Lembaga Pengarah, elaun Ahli Lembaga Pengarah dan fungsi dan peranan syarikat-syarikat, sila rujuk Lampiran A.
Kembali