Jawapan
(a) Kerajaan Negeri menyediakan sejumlah peruntukan untuk tujuan pembangunan infrastruktur asas di kawasan luar bandar. Peruntukan ini digunakan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur asas luar bandar seperti penurapan jalan kampung, pembaikan sistem perparitan, bekalan air bersih, pemasangan tiang lampu dan tiang elektrik.
(b) Pada tahun 2011, secara keseluruhannya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,792,895.00 bagi pelaksanaan 150 buah projek pembangunan infrastruktur asas. Sebanyak 31 buah projek dilaksanakan di Daerah Timur Laut dengan peruntukan sebanyak RM479,169.00. Di Daerah Barat Daya pula sebanyak 8 buah projek dilaksanakan dengan peruntukkan sebanyak RM57,000.00. Di Daerah Seberang Perai Selatan, sebanyak RM610,406.00 diperuntukkan untuk pelaksanaan 32 buah projek. Manakala, di Daerah Seberang Perai Tengah,Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM344,506.00 untuk pelaksanaan 34 buah projek. Di Daerah Seberang Perai Utara, sebanyak 45 projek dilaksanakan dengan peruntukan RM301,814.00.
(c) Pada tahun 2012 pula, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM3,881,594.26 bagi pelaksanaan 330 buah projek. Sebanyak 55 buah projek dilaksanakan di Daerah Timur Laut dengan peruntukkan sebanyak RM973,963.00. Di Daerah Barat Daya pula sebanyak RM395,500.00. Di Daerah Seberang Perai Selatan, sebanyak RM736,717.50 diperuntukan untuk pelaksanaan 72 buah projek. Manakala di Daerah Seberang Perai Tengah, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM1,109,931.95 untuk pelaksanaan 88 buah projek. Di Daerah Seberang Perai Utara, sebanyak 82 projek dilaksanakan dengan peruntukan RM665,481.81.
(d) Sehingga Oktober 2013, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,727,615.93 bagi pelaksanaan 133 buah projek. Sebanyak 27 buah projek dilaksanakan di Daerah Timur Laut dengan peruntukan sebanyak RM326,874.48. Di Daerah Barat Daya pula sebanyak 6 buah projek dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM71,700.00. Di Daerah Seberang Perai Selatan, sebanyak RM765,347.00 diperuntukkan untuk pelaksanaan 48 buah projek. Manakala, di Daerah Seberang Perai Tengah, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM208,616.25 untuk pelaksanaan 25 buah projek. Di Daerah Seberang Perai Utara, sebanyak 27 projek dilaksanakan dengan peruntukan RM335,078.20