MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Secara jangka panjang, apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang membangunkan atau menjenamakan tapak warisan dari segi pelancongan? (a)Adakah cadangan caj warisan dikenakan ke atas premis penginapan di kawasan George Town dipertimbangkan? (b)Adakah cadangan menubuhkan sebuah Tabung Pemuliharaan/Pembelian Hartanah di Tapak Warisan dipertimbangkan? CATATAN: MOHON RUJUK PN NUR SOFINA
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Warisan

Jawapan
Status George Town sebagai tapak warisan dunia UNESCO merupakan satu penjenamaan kepada sektor pelancongan di Pulau Pinang dan pengiktirafan ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada ekonomi dalam sektor pelancongan.

(a) Kerajaan Negeri setakat ini belum bercadang untuk mengenakan caj warisan ke atas premis perniagaan di dalam Tapak Warisan Dunia George Town (TWDGT). Ini adalah kerana dasar semasa adalah lebih untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk melawat kawasan ini yang boleh memberikan sumbangan dari segi jumlah pelancong yang melawat serta dapat membantu ekonomi tempatan.

(b) Mengikut Deraf Rancangan Kawasan Khas George Town terdapat syor untuk penubuhan Tabung Amanah Warisan bagi tujuan pemuliharaaan aset-aset warisan dan pembelian hartanah di dalam TWDGT. Caj-caj warisan ini yang dikutip kelak boleh disalurkan kepada tabung amanah ini yang bakal diuruskan oleh GTWHI.


Kembali