MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Sila senaraikan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terbaru. (a) Sila senaraikan ahli jawatankuasa GLC. (b) Adakah elaun diberi kepada ahli-ahli jawatankuasa, berapakah elaun Pengarah? (c) Apakah fungsi dan peranan GLC?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Government Linked Companies (GLC)

Jawapan
PBA Holdings Berhad (PBAHB) adalah merupakan sebuah syarikat persendirian yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui State Secretary Incorporated (SSI) mempunyai pegangan saham sebanyak 55%.

a) Senarai Ahli Lembaga Pengarah PBAHB adalah seperti berikut:

1. Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng - Pengerusi
2. Y.B. Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon – Timbalan Pengerusi
3. Y.B. Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
4. Y.B. Dato’ Farizan bin Darus
5. Y.B. Tuan Chow Kon Yeow
6. Y.B. Tuan Lim Hock Seng
7. Y.B. Dato’ Haji Abdul Malik B. Abul Kassim
8. Y.B. Dato‘ Mokhtar Bin Mohd Jait
9. Tuan Haji Mohamad Bin Sabu
10. Y.Bhg. Dato’ Chew Kong Seng
11. Y.Bhg. Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza
12. Y. Bhg. Dato’ Seri Nazir Ariff Bin Mushir Ariff
13. Y. Bhg. Dato‘ Athi Isvar Athi Nahappan
14. Ms. Agatha Foo Tet Sin


b) Jumlah elaun yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:

Jenis Elaun Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Ahli Lembaga Pengarah Bebas
Elaun Tetap RM500 RM500 RM1,500
Elaun Mesyuarat RM300 RM300 RM300

Elaun-elaun ini tidak ada perubahan sejak diberikan dalam tahun 1999.

c) Untuk maklumat lengkap mengenai anak-anak syarikat PBAHB, pegangan saham, Ahli Lembaga Pengarah, elaun Ahli Lembaga Pengarah dan fungsi dan peranan syarikat-syarikat, sila rujuk Lampiran A


Kembali