Jawapan
Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membina taman rekreasi khas untuk kaki-kaki pancing ikan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dengan kerjasama MPPP telah dan akan terus menganjur aktiviti-aktiviti memancing seperti Penang Beach Carnival dan juga aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pemancing Pulau Pinang.
Rancangan-rancangan yang lain selain daripada aktiviti memancing yang disediakan oleh MPSP adalah seperti berikut :
i.Menaik taraf Taman Bandar Ampang Jajar, Permatang Pauh. Komponen-komponen baru yang ditambah adalah laluan berbasikal dengan jarak 1.1 km, menaik taraf ruang dan anak-anak tangga serta membersihkan sebahagian hutan nipah.
ii.Menaik taraf Taman Tunku Seberang Jaya dengan menyediakan trek jogging dengan jarak 0.9 km.
iii.Ampang Jajar, Kerian, SPS
Rancangan-rancangan menaik taraf di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas telah membersih dan membuka ruang kepada kaki pancing untuk memancing. Di samping itu, kawasan tepi pantai, Sungai Juru dan Sungai Kerian menyediakan rekreasi semulajadi kepada kaki pancing untuk memancing.