MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Pusat hiburan didapati di merata tempat di Negeri Pulau Pinang. Berbagai tangkapan dibuat di premis-premis hiburan ini oleh Pihak Berkuasa atas pelbagai kesalahan seperti menggunakan khidmat Guest Relations Officer (GRO) haram, pengedaran pil ekstasi, dadah dan sebagainya. (a) Berapa kelulusan lesen hiburan dibuat pada setiap tahun sejak tahun 2008? (b) Berapa jumlah pengusaha pusat hiburan mengikut kaum? (c) Berapa kekerapan sebulan atau setahun pemantauan dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ke atas pusat-pusat hiburan ini?
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara --

Jawapan
19. (a) Bilangan lesen hiburan yang dikeluarkan oleh MPPP pada setiap tahun sejak tahun 2008 adalah seperti berikut:-

Tahun
Bilangan Lesen
2008
82
2009
62
2010
78
2011
82
2012
61
2013
62

(b) Bilangan lesen hiburan yang dikeluarkan kepada pengusaha mengikut kaum oleh MPPP.

Melayu
11
China
300
India
14
Lain-lain
12


(c) Pemantauan terhadap pusat hiburan oleh MPPP adalah dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali sebulan di mana pemantauan ini adalah berkaitan dengan pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah bidang kuasa MPPP.

Jumlah lesen hiburan yang diluluskan oleh MPSP sejak tahun 2008 adalah seperti berikut:-

Tahun
Bilangan Lesen
2008
32
2009
45
2010
12
2011
17
2012
14
2013
3


(b) Jumlah pengusaha pusat hiburan mengikut kaum adalah seperti berikut:-

Melayu
11
China
107
India
5
Lain-lain
0



(c) Jumlah kekerapan pemantauan yang dibuat oleh MPSP terhadap pusat hiburan adalah 8 kali sebulan.
Kembali