MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan (a) Sila jelaskan dengan teliti visi dan strategi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan keusahawanan di Negeri Pulau Pinang. (b) Terdapat banyak persatuan-persatuan usahawan atau yang berkaitan dengan keusahawanan di Negeri Pulau Pinang. Sila senaraikan persatuan-persatuan yang pernah bekerjasama atau menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dun -
Exco YB. DATO HAJI MOHD. RASHID BIN HASNON
Perkara --

Jawapan
(a) Visi Kerajaan Negeri ialah untuk menggalakkan dan membantu mewujudkan usahawan berkualiti, mewujudkan dan menyebarkan peluang-peluang perniagaan, merancang, menyelaras dan mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan serta melaksanakan program-program keusahawanan bersama dengan agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan usahawan.

Bagi mencapai matlamat ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan strategi-strategi seperti berikut:

i. Latihan dan bimbingan diberikan kepada usahawan-usahawan;

ii. Mewujudkan peluang-peluang perniagaan melalui kerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);

iii. Menyediakan skim pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil melalui Program Titian Saksama Rakyat (PTSR);

iv. Menyediakan premis-premis perniagaan;

v. Mewujudkan jaringan perniagaan serta membantu usahawan-usahawan mempromosikan produk mereka melalui penyertaan di dalam ekspo dan pameran keusahawanan sama ada di dalam negeri ataupun di peringkat Asia Tenggara melalui IMT-GT;

(b) Setakat ini hanya Persatuan Penggiat Spa Pulau Pinang(PenSPA)sahaja yang pernah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Disediakan oleh : Masayu Azreen binti Md Said / 012-4117002
Disemak oleh : Puan Hafidzah Hassan / 012-4852522
Diluluskan oleh : Y.Bhg. Dato' Abu Jamal bin Nordin / 017-9997519
Kembali