MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Sila terangkan kaedah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pengurusan sisa-sisa pepejal dan sisa organik.
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Alam Sekitar

Jawapan
Kaedah yang digunakan untuk pengurusan sisa pepejal dan sisa organik bagi kawasan MPPP adalah seperti berikut:-

(a) Sistem Perkhidmatan Pungutan, Mengangkut dan Pelupusan

Pelaksanaan sistem pungutan sampah secara hybrid adalah seperti berikut:-

(i) Perkhidmatan pungutan sisa domestik termasuk sisa organik dan bukan organik daripada premis kediaman dan bangunan komersial dengan menggunakan kenderaan kompaktor

(ii) Perkhidmatan pungutan sampah pukal dan sampah organik (kebun) daripada premis kediaman dan bangunan komersial dengan menggunakan kenderaan high side tipper.

(iii) Perkhidmatan pungutan sampah organik daripada pasar dengan menggunakan kenderaan prime mover

(b) Perkhidmatan Pemindahan Sampah

Perkhidmatan pemindahan sampah di Stesyen Pemindahan Sampah Ampang Jajar kini menguruskan kemudahan untuk melupuskan sisa domestik daripada premis kediaman dan komersial.

MPPP mempunyai perancangan untuk membangunkan Stesyen Pemindahan Sampah Batu Maung yang berasaskan kepada Containerised Transfer By Barge System dengan menggunakan kaedah pengangkutan laut bagi pengendalian semua jenis sampah termasuk sampah domestik dan komersial, sisa binaan dan marine clay. Sistem ini turut menyediakan Material Recovery Facility (MRF).

(c) Perkhidmatan Pelupusan Sampah

(i) Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burong

Pengurusan dan penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burong (Sanitary Landfill Level IV) yang di kendalikan kini melalui rancangan penyediaan kemudahan leachate (mobile leachate treatment plant), ecopark, material recovery facility dan refuse derived fuel secara berperingkat.

(ii) Tapak Pelupusan Sampah Jelutong

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang mempunyai perancangan untuk land mining dan rehabilitation Tapak Pelupusan Sampah Jelutong termasuk perancangan jangka pendek untuk penyediaan kemudahan dan infrastruktur bagi pengurusan dan kitar semula sisa binaan yang dilupuskan di Tapak Pelupusan Sampah tersebut.

Untuk pengurangan sisa organik, antara rancangan pengurangan sisa organik secara berterusan adalah seperti berikut:-

Merealisasikan usaha Kerajaan Negeri di dalam memperkukuhkan undang-undang dan peraturan serta garis panduan seragam yang berkaitan dengan sistem pengurangan sisa pepejal untuk sisa makanan, sisa binaan, sampah pukal dan sampah kebun dan sebagainya.

Membangunkan dan memperluaskan model dan mekanisma pengurangan sisa pepejal yang berasaskan kepada budaya pengasingan sisa di peringkat punca yang berasaskan kepada prinsip 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Rethink and Reinvent) berserta dengan syarat kegunaan teknologi yang bersesuaian seperti berikut:-

Program Pengurangan Sisa Makanan yang melibatkan komuniti peniaga pasar, sekolah, pengurusan bangunan kediaman bertingkat tinggi, kompleks makanan, restoran, hotel dan hospital serta pasaraya melalui kaedah decentralize segregation at source.

Projek Perintis Pengasingan Sisa Kebun dengan menggunakan kaedah kitar semula secara groundswell.

(d) Cadangan membangunkan garis panduan berikut:-

(i) Garis panduan untuk pengurusan dan pengasingan sisa pepejal dalam peringkat pemajuan.

(ii) Garis panduan untuk pengurusan dan pengasingan sisa makanan di bangunan kediaman bertingkat serta penetapan Insentif Kewangan Berasaskan Keberhasilan.

Kaedah yang diambil oleh MPSP untuk mengurus sisa pepejal dan sisa organik adalah seperti berikut:-

i. Semua sisa sama ada organik atau pepejal yang dimasukkan ke dalam tong CU atau Ro-Ro atau yang dipungut rumah ke rumah akan dihantar ke Tapak Pelupusan Pulau Burung.

ii. Sisa pepejal yang terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula akan dibawa ke pusat pengumpulan komuniti atau ke pusat buy back centre di pasar raya akan dijual kepada agen kitar semula dan dibawa ke pusat pengumpulan kitar semula untuk dikitar semula.

iii. Sisa organik yang dihantar ke pusat pengumpulan komuniti akan dijadikan kompos untuk baja oleh komuniti.

iv. Sisa organik di pasar yang terpilih seperti Pasar Bagan Ajam diproses dengan menggunakan loji memproses yang diuruskan oleh swasta.

v. MPSP bercadang perlu diwujudkan lebih banyak pusat pemprosesan di peringkat pasar, gerai makan dan komuniti.
Kembali