Jawapan
(a) MPSP tidak membina gerai dan dewan orang ramai dari tahun 2008 sehingga 2013.
(b) Senarai gerai dan dewan orang ramai yang telah dibaik pulih oleh MPSP dari tahun 2008 sehingga 2013 seperti di Lampiran A.
(c) Pada tahun 2014, MPSP mempunyai rancangan untuk membina sebuah dewan orang ramai bertempat di Bandar Perda dalam KADUN Seberang Jaya.
Senarai mengikut KADUN jumlah tempat rekreasi yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut :
Di Pinang Tunggal tempat rekreasi yang dibangunkan ialah Vision Park melalui CSR oleh Bertam Properties, manakala di DUN Telok Air Tawar dan Sungai Dua telah dibangunkan Pusat Rekreasi Pantai Robina dan Taman Rekreasi Ayer Hitam oleh JPS dan Jabatan Perhutanan. Di Bagan Jermal, Taman Tugu Demokrasi telah dibangunkan pada tahun 2011 melalui CSR. Di Bagan Dalam dan Seberang Jaya, Taman Linear Semilang dibangunkan oleh MPSP tetapi ini merupakan projek lama melebihi 20 tahun.
Di Permatang Pasir, MPSP telah membangunkan Taman Bandar Ampang Jajar pada tahun 1994, manakala PBA telah mewujudkan kawasan rekreasi di Empangan Mengkuang di DUN Penanti. Hutan lipur Cherok Tok Kun di Berapit telah ditambahbaikan oleh Jabatan Perhutanan dengan peruntukan Kementerian Pelancongan. Tahun ini, PBA telah membangunkan Taman Rekreasi Bukit DO di Padang Lalang. Di DUN Sungai Bakap dan Sungai Acheh terdapat Hutan Lipur Bukit Panchor, Taman Rekreasi Ampang Jajar Kerian dan Taman Rekreasi Kebun Baru yang merupakan kawsan rekreasi lama. Taman Rekreasi terbaru terletak di DUN Jawi iaitu Taman Rekreasi Pulau Burong yang telah dibangunkan tahun ini oleh PLB Terang Sdn. Bhd., pemegang kontrak Tapak Pelupusan Pulau Burong.
Kawasan DUN yang tidak ada taman rekreasi ialah Penaga, Bertam, Permatang Berangan, Sungai Puyu, Machang Bubuk, Perai, Bukit Tengah dan Bukit Tambun.
Dalam tempoh berkenaan PDC telah melaksanakan 3 projek di Seberang Perai yang melibatkan 2 Dewan Komuniti iaitu di Seberang Jaya dan Batu Kawan dan 1 projek kawasan perindustrian Batu Kawan serta 1 projek di bahagian Pulau yang melibatkan balai nelayan di sebelah Polis Marin. Manakala bagi tahun hadapan, PDC akan membangunkan Penang Science Park di Bukit Minyak.
PDC akan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan, pusat komuniti, tapak penjaja, padang bola dan kawasan lapang di projek-projek PDC mengikut kehendak/ syarat PBT dari semasa ke semasa.
Tempat bersukan yang telah dinaik taraf serta dibangunkan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang seperti berikut :
(i) Tempat Bersukan Baru Dibina
Menaik taraf Kompleks Sukan Titi Mukim dengan Membina Gelanggang Futsal dan membina Gelanggang Petanque pada Tahun 2012 di KADUN Penaga.
(ii) Tempat Bersukan Dibaik pulih
Ini termasuk menaik taraf Kelab Menembak Pulau Pinang pada Tahun 2009 di KADUN Kebun Bunga.
Lain-lain kemudahan yang telah dinaik taraf pada tahun 2010 ialah Pusat Latihan Gimnastik dan Pusat Latihan Gimnasium, Pusat Latihan Wushu Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di KADUN Batu Uban dan Menaik taraf Dataran Kejat Stadium Negeri Batu Kawan di KADUN Bukit Tengah.
Majlis Sukan Negeri juga Menaik taraf Pusat Latihan Angkat Berat SMK Seri Balik Pulau Pinang pada Tahun 2011 di KADUN Pulau Betong dan Kem Bina Diri Pantai Robina di Kadun Teluk Air Tawar dan Wisma Angkat Berat Bukit Mertajam di KADUN Berapit pada Tahun 2012.
(iii) Tempat Bersukan Yang Dirancang Tahun 2014
Ini melibatkan projek-projek Membina Gelanggang Bola Keranjang, Gelanggang Tennis dan Gelanggang Futsal di Perkarangan Tempat Letak Kenderaan Stadium Negeri Batu Kawan di KADUN Bukit Tengah.
Membina Gelanggang Woodball di Kompleks Sukan Titi Mukim di KADUN Penaga dan akhirnya.
Menaik taraf Kelab Menembak Pulau Pinang di KADUN Kebun Bunga.
Pada tahun 2013, JKR Pulau Pinang hanya melaksanakan kerja-kerja pembaikan dewan orang ramai iaitu di Dewan Millenium. Antara kerja-kerja baik pulih yang dilakukan ialah:
(i) Bumbung bocor
(ii) Baiki tandas dan lain-lain