MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
Soalan Berapakah jumlah dan kadar pengangguran di KADUN Penanti dan setiap KADUN di Negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga 2013? Sila nyatakan, (a) Mengikut umur, gender, dan kaum. (b) Taraf pendidikan. (c) Apakah hasil daripada langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kadar pengangguran?
Dun -
Exco YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Perkara --

Jawapan
Kadar pengangguran tenaga buruh mengikut jantina bagi Negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga 2011 adalah seperti dilampiran. Tiada data yang disimpan bagi penggangguran di KADUN atau peringkat daerah serta taraf pendidikan. Sebenarnya Pulau Pinang mengalami kekurangan 20,000 orang pekerja.

Di antara langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk mengurangkan pengangguran adalah dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan melalui strategi-strategi berikut:-

(i) menggalakkan pelaburan dalam industri-industri berteknologi tinggi dan nilai tambah tinggi seperti aerospace, peralatan perubatan dan sebagainya yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.


(ii) menggalakkan tenaga kerja yang sedia ada untuk menjalani program latihan kemahiran samada di institut kemahiran tajaan kerajaan atau swasta demi meningkat kemahiran.

(iii) memberi tumpuan kepada sektor teknologi maklumat dan perkhidmatan seperti Shared Service Outsourcing (SSO) dan Business Process Outsourcing (BPO) yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan melalui syarikat-syarikat yang terlibat.

(iv) menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dalam penggunaan automasi untuk meningkat nilai rantaian bagi mengurangkan keperluan mereka mengambil pekerja asing. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan SMART Centre untuk menyediakan kemudahan dan panduan kepada pengusaha IKS.

(v) penubuhan Majlis Sains Pulau Pinang yang turut memperlihatkan hala tuju Pulau Pinang dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran sains dan teknologi.

(vi) penubuhan Penang CAT Centre, bertujuan untuk membantu pencari kerja dengan peluang-peluang pekerjaan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Pulau Pinang Perbadanan Bekalan Air (PBAPP). Pusat ini juga berkerjasama dengan syarikat-syarikat multinasional dalam mengisi kekosongan jawatan di seluruh negara.
Kembali