MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Pengkalan Kota (Y.B. Encik Lee Hack Teik) bertanya kepada Ketua Menteri: 2. Mengapakah Pintu Air Projek S-10 tidak dapat berfungsi untuk menghalang air laut daripada mengalir masuk terutamanya masa-masa high tide pada setiap bulan? Adakah ini disebabkan oleh Pintu Air yang tidak cukup tinggi? Adakah Jabatan Pengairan dan Saliran dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang menyedari masalah sebenarnya? Apakah cara-cara untuk mengatasinya?
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara Pengairan

Jawapan

YB DR TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

2. Pada setiap high tide pam di Rumah Pam Terusan Prangin akan beroperasi. Ianya akan beroperasi dua (2) kali sehari. fungsi rumah pam ini adalah untuk mengeluarkan air laut, mengawal paras air di sekitar Projek S-10 dan membersihkan terusan. Cara yang dilakukan ialah dengan menutup tidal gate dan pada masa yang sama, mengepam air laut keluar. Pada masa ini semua sampah-sampah yang dibuang di dalam terusan akan dikumpul dan dipungut melalui trash screen yang dipasangkan di dalam terusan ini.



Kembali