MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Sungai Dua (Encik Jasmin bin Mohamed) bertanya kepada Ketua Menteri: 7. Berapa luaskah tanah kerajaan yang telah diberi untuk diusahakan tanaman kontan dan projek pertanian yang lain bagi menampung hasil makanan di negeri ini ekoran galakkan yang telah dibuat oleh kerajaan? Berapa banyakkah bantuan yang telah diberi untuk projek ini?
Dun -
Exco DATO' HJ. AZHAR BIN IBRAHIM
Perkara Tanah

Jawapan


Dato' Hj. Azhar bin Ibrahim:

7. Seluas 195.2 hektar tanah kerajaan telah diagihkan kepada para petani untuk diusahakan dengan tanaman kontan dan lain-lain projek pertanian bagi menampung hasil pengeluaran makanan di negeri ini. Tanah-tanah tersebut yang meliputi seluruh Negeri Pulau Pinang disalurkan menerusi jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Pengairan dan Saliran, PERDA dan Kementerian Pertahanan. Agihan keluasan, bilangan peserta tersebut dan jenis projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

_________________________________________________________
DAERAH LUAS BILANGAN JENIS
(HEKTAR) PESERTA PROJEK
_________________________________________________________
Seberang Perai 118.2 1 Ternakan Lembu Utara Utara Daging
20 peserta Tanaman Kontan
3 peserta Sayur-sayuran
25 peserta Kontan

Seberang Perai
Tengah 64 5 peserta Kontan (Bekas Tentera)

Seberang Perai 5 5 peserta Kontan dan
Selatan Sayur

Barat Daya 8 7 peserta Kontan
5 peserta Kontan
________________________________________________________
JUMLAH 195.2 71 peserta
________________________________________________________

Untuk menjayakan projek-projek ini kerajaan memberi bantuan dalam bentuk penyediaan tanah dan infrastruktur ladang di mana perlu.


Kembali